Gua mendail nombor telefon yang tertera di iklan. Hajat gua mahu menambah duit sikit-sikit. Kot-kot kalau kumpul, boleh lepas nak upgrade motor. Tak lama mendail, panggilan gua dijawab oleh seorang lelaki.
Perbualan gua dengan lelaki itu sekejap sahaja. "Nanti saya call awak semula..". Itu yang diberitahu kepada gua selepas gua mengaku terus terang yang gua bukan budak TESL. Syarat kerja sambilan tersebut ada menyatakan kelebihan kepada budak TESL.
Sejurus gua menamatkan panggilan, gua dah tahu apa nasib gua. Gua takkan dapat kerja bodoh tu. Mentang-mentang lah gua bukan budak TESL, gua terus dicop tak layak untuk kerja menterjemah tersebut. Budak yang tak ambil TESL terus dicop tak pandai English. Budak TESL semuanya bagus-bagus English nya.
Kalau dia test gua dan memang terbukti gua tak boleh nak menterjemah, boleh jugaklah gua nak terima. Tapi kalau di-reject berdasarkan sijil semata-mata, memang gua rasa dia bodoh.
***
Pada musim pertama The Apprentice (US version yang ada Donald Trump tu), gua ada peserta favorite. Namanya Troy McClain, seorang broker hartanah. Gua minat personalitinya yang gua rasa ada dekat-dekat dengan gua punya personaliti. A bold risk taker, a good team player and an eternal optimist. Keh keh keh.
Troy bertahan sehingga di minggu ke-13. Dua minggu sebelum finale. Di minggu ke-13, Troy dipecat oleh si tua kutuk Donald Trump kerana Troy hanya mempunyai diploma sekolah tinggi - satu kelayakan yang sangat rendah jika nak dibandingkan dengan dua orang pesaingnya yang masing-masing mempunyai ijazah dariHarvard Business School dan Princeton University.
A high school graduate? Bertahan sampai minggu 13 dalam banyak-banyak lulusan universiti? You gotta give him some credits!
Sejak dari episod tu, Donald Trump menduduki no.6 dalam senarai orang yang paling gua benci.
***
Zaman sekarang ni, ramai orang belajar dengan niat yang salah. Asal ada PhD dan Master degree, mula lah buat perangai celakanya. Pendapat lepasan sekolah dan kolej komuniti langsung dibangkangnya. Budak Giat Mara yang bekerja di bengkel dikatanya budak hisap dadah, mat rempit.
Yang belajar agama sampai ke Mesir sana, mula lah dengan perangai tipikal serbanitas nya. Orang dengar Black Sabbath dikatanya sembah setan. Bila orang quote dari Kurt Cobain, dikatanya bertuhankan muzik dan hedonisme. Jumpa hipster yang pakai gelang spike, terus dicopnya masuk neraka.
Gemuk terus dicop tak cantik. Tak berkereta terus dicop miskin. Tak pakai tudung terus dicop masuk neraka. Tak ada ijazah terus dicop tak berkelayakan. Hitam terus dicop tak kacak. Follower tak ramai terus dicop blog tak best. Kena buang sekolah terus dicop jahat.
Don't you think we live in a superficial world?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan