Manusia sering dikatakan sebagai khalifah di dalam dunia ini.Manusia dikatakan spiesis yang paling pandai dan satu-satunya spiesis yang mampu membina roket Discovery untuk keluar dari planet Bumi.Manusia juga jatuh dalam spiesis yang dipanggil "primate" atau yang terutama.Manusia juga dalam bahasa saintifiknya dipanggil sebagai Homo Sapiens atau dalam bahasa Latin - Wisdom Man(orang bijaksana).
Tetapi disebalik kekhalifahan,kepandaian,keutamaan dan kebijaksanaan manusia,mereka juga adalah satu-satunya spiesis yang mampu membuat kerosakan di atas muka bumi ini.Peperangan,pencemaran serta kepupusan penduduk Bumi yang lain juga dicetuskan oleh manusia.Persaingan sesama manusia merebut sumber makanan(ekonomi) jauh lebih hebat dari seekor kucing.Bahkan jika saya melihat kucing jantan saya yang tertekan apabila gagal mengorat kucing betina,saya rasa sekurang-kurangnya dia tak perlu belikan coklat Godiva atau baju Burberry,kasut Salvatore Ferragamo untuk girlfriendnya.
Manusia adalah satu speisis yang mencipta sesuatu yang akhirnya menyusahkan seluruh penduduk Bumi.Manusia mencipta idea "negara" - kemudian apabila berlaku peperangan maka haiwan-haiwan turut juga terkorban.Saya pernah menonton satu dokumentari Animal Planet di medan perang - haiwan-haiwan yang tercedera akibat terpijak periuk api di Afrika.Ada yang cacat dan ada yang mati.
Malangnya manusia adalah satu speisis yang enggan untuk peduli.Dengan fatwa-fatwa mengatakan mereka sebagai khalifah di bumi,mereka seolah-olah merasakan bahawa ini adalah ketuanan bangsa manusia di atas muka bumi ini.Dan dengan perasaan itu,manusia enggan untuk menerima dan menghormati hak haiwan-haiwan lain untuk hidup.
Apabila Ali Ketam ketua kampung Melaka bercadang untuk meluluskan projek makmal ujikaji haiwan,saya terus menghubungi PETA dan WWF untuk tindakan selanjutnya.Saya juga berharap manusia yang ada hati perut supaya melakukan perkara yang sama.Saya merasakan makmal ujikaji haiwan adalah satu manifestasi kesombongan manusia terhadap alam.Saya merasakan Ali Ketam lebih gemar memikirkan tentang sejauh mana kertas-kertas yang boleh dikumpul untuk terus memuja kertas dan menyembah kertas,sehingga enggan menghormati kehidupan haiwan.
Begitu juga dengan penjual-penjual afrodisiak seperti zakar buaya,ekor monyet atau ekor tenggiling.Mereka yang makan makanan eksotik dan memasaknya dengan cara pelik seperti memotong kepala monyet hidup-hidup sebelum dituang sos panas ke otak,dan banyak lagi kekejaman satu speisis bernama Homo Sapiens lakukan terhadap penghuni Bumi yang lain demi kepuasan diri.Apabila Rihanna dengan bangga berkata kepada media bahawa dia suka memakai kot bulu musang dan membuat koleksi,saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Rihanna adalah bimbo yang paling bangang dan ignorant di dunia.Keengganan untuk menghormati haiwan lain menyebabkan manusia menjadi angkuh dan sombong - kerana mereka merasakan mereka adalah khalifah dan ketuanan manusia dalam diri mereka menebal.
Cuba kita lihat beribu-ribu haiwan sudah pupus sejak manusia bernegara.Apabila manusia menebang hutan dan membuka kawasan untuk kegiatan ekonomi,haiwan-haiwan lain turut lari ke dalam lagi sehingga mereka tiada tempat untuk berlindung.Apabila mereka tiada makanan dan tempat tinggal mereka menyerang manusia,tetapi manusia dengan kepandaiannya membunuh mereka dengan lebih dahsyat lagi.Bahkan segala organ dari kulit ke zakar semuanya dijual untuk upacara penyembahan kertas.
Apabila harimau menyerang manusia - manusia secara langsung melabelkan harimau sebagai ganas dan jahat.Apabila manusia memotong zakar dan kulit harimau untuk afrodisiak - itu dipanggil baik?
Selagi keangkuhan dan kesombongan manusia dengan pemikiran ketuanan manusia ini wujud,selagi tu buang masa berceramah tentang "manusia sebagai khalifah di muka bumi" dengan saya.Sebab saya percaya planet ini milik semua - termasuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan lain.Untuk menjadi khalifah memerlukan kita untuk menghormati orang lain - bukan menyombong dan membunuh demi kepuasan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan