Dulu masa aku sekolah dulu - telah dikisahkan satu surah oleh cikgu dan cikgi aku - bahawa sains adalah lebih baik dari seni. Katanya, mata pelajaran sains adalah tunjang kemajuan sesebuah negara - dan seni ni takde lain dan takde benda lain selain benda-benda lagho dan sesat lagi menyesatkan.
Penilaian Menengah Rendah - PMR - sebenarnya didepan selepas itu ada satu simpang yang bakal menentukan masa depan dan hala tuju seseorang manusia yang berICkan negara Malaysia. Disinilah titik tolak kemana kau akan pergi - sama ada aliran sains, atau aliran sastera atau art stream.
Masa aku PMR dulu - despite result matapelajaran Sains dan Matematik aku sangat teruk dan membuatkan aku telah dicampak ke class sastera. Masa tu ada tiga kelas aliran sains - manakala ada sepuluh kelas aliran sastera. Angka tiga yang kecil itu kerana kebanyakan daripada mereka telah layak ke asrama penuh atau paling power sampai MRSM. Jadi, dikatakan murid-murid so called "brain genius" telah berambus ke sekolah yang lagi power. KGV di Seremban, Tunku Kursiah, Alam Shah, Free School - segala sekolah-sekolah top class. Henry Gurney? Tu sekolah lain.
Kebanyakan yang berambus itu adalah dikatakan "murid terpilih" dan mereka ini pasti masuk aliran sains. Dan tiga lagi kelas sains di sekolah aku tu dianggap macam mereka yang tak layak pergi mana-mana still, dianggap brain genius. Sepuluh kelas ke belakang tu - kamplengan, kaki ponteng sekolah, kaki panjat pagar dan kaki hisap rokok dalam tandas - macam aku.
Aku tau hakikat tentang pelajar sains lebih mudah dapat kerja dari art stream - kalau dapat kerja pun gaji mesti kencang gila babas. Aku dari kecik lagi dah ditarbiyahkan oleh cikgu cikgi kata pelajar sains lebih up gaji dan lebih banyak peluang kerja. Memang betul. Tapi setiap kali kata pelajar art stream tu dikatakan second grade students - aku rasa walaupun tak semua cikgu kata macam tu - aku rasa itu sangat tidak adil.
Dikatakan sains memajukan negara. Ya memang betul - tapi seni juga menunjukkan nilai-nilai sesuatu bangsa. Bagi aku kalau hardware tapi takde software pun tak guna juga. Memanglah bukan semua boleh jadi all-rounder macam al-Khwarizmi atau Leonardo da Vinci - tapi memberi fokus kepada sains dan memperlekehkan seni adalah benda yang tak patut. Bagi aku sains dan seni kena gerak seiring - barulah balance.
Seringkali dihujahkan bahawa negara maju - jadi maju sebab sains. Memang betul - aku tak pernah deny benda tu. Selalu negara yang kena petik ialah Jepun. Ini semua adalah kerana dasar Madey yang suka dasar pandang ke Timur. Yang kau nampak ialah robot dan teknologi negara Jepun - habis yang manga dan Dragonball tu hape? Bukan seni?
Aku sangat sedih bila melihat level seni di negara ini di tahap yang menyedihkan. Ada kawan aku dah ada cert master seni pun masih terkial-kial mencari kerja yang sepadan dengan apa yang dibelajar di universiti. Course seni yang paling banyak peluang kerja yang aku tahu ialah grafik. Tolonglah - seni tu bukan sekadar grafik je lah.
Seni melambangkan fikrah pemikiran sesuatu bangsa. Macam mana Amerika menjajah dunia? Mereka tak guna robot atau chemical untuk jajah dunia - mereka guna Lady Gaga dan Selena Gomez(Justin Bieber is Canadian). Kesenian menunjukkan sejauh mana manusia menilai tentang kefahaman diri. Tentang ekspresi diri.
So kalau bukak Taylorism yang kemudian diikut Henry Ford dan Vladimir Lenin - mereka mengutamakan produktiviti dari emosi. Lebih utamakan sains dari seni. Sebab tu mungkin kau nampak form of communism di Soviet Union agak repressive dan mungkin kau salah anggap - sebab Jean Paul Sartre dan Pablo Picasso juga seorang yang menyokong komunis.
Anyway - di London - bersepah art gallery dan orang yang aliran art memang boleh cari makan. Boleh duduk rumah bohemia di Chelsea and Kensington. Boleh duduk di Greenwich Village di New York City. Ni aku harapkan art gallery nak hidup di Jalan Telawi pun nampak macam sukar je.
Aku tak kutuk orang sains kat sini. Bagus ada orang sains ni. orang-orang yang memang genius macam Al-Khwarizmi atau Leonardo da Vinci. Bagi aku bagus masyarakat yang maju berteraskan sains - tapi seni juga penting. Sama macam simen dan pasir dan air - sains dan seni sama-sama memajukan bangsa.
Lagipun - sepanjang dasar Madey pentingkan science stream over art stream ni aku tak pernah tengok pun orang Malaysia menang Nobel Prize in Physics ke hape? Paling tidak pun aku tengok lambakan produk pengurus badan dan kopi ginseng herba 5 in 1. Aku tak pernah tengok pun satu invention yang significant dari rakyat Malaysia kepada dunia? Plus, kebanyakan inventors pun datang dari artist.
Macam mak aku pernah cakap, "seni masih boleh hidup tanpa sains, umpama wayang kulit yang takde teknologi komplikated, tapi sains tak boleh hidup tanpa seni - macam TV tapi takde filem dan drama".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan