9/03/2012

Pemikiran Kurt Ronald Cobain



"Things have never been so swell
I have never failed to fail"


Terdetik di kepala otak saya pada hari ini - sudah lama saya tidak memetik kisah pemuzik atau artis.Terlalu lama rasanya masa saya menulis tentang susuk-susuk tubuh yang anak muda di Malaysia yang tak pernah ambik pot pun - susuk-susuk berjambang dan berjanggut lebat - jangan buruk sangka,sosialis juga menyimpan janggut - Karl Marx,Vladimir Lenin dan Leon Trotsky - sehinggakan saya merasakan tersangat-sangatlah jauh dengan apa yang cuba disampaikan kepada khalayak kelompok sasaran.

Mungkin saya akan berasa amat loya dan termuntah sekiranya saya bercerita tentang Lady GaGa atau Sean Kingston kerana secara peribadi saya,mereka bernyanyi bukan berdasarkan emosi dan perasaan tetapi mengikut kehendak pelabur modal yang tinggal di sekitar Times Square dekat Pulau Manhattan.Mungkin susuk tubuh seperti Eddie Vedder,Jerry Cantrell atau Kurt Cobain sendiri tidak lagi diminati oleh anak muda masa kini - kerana grunge sudah dianggap sebagai budaya lapuk yang ketinggalan zaman - sama seperti zaman Yusof Haslam enggan memakai seluar yankee zaman L Ramlee,saya tak tahu,mungkin.

Tetapi melihat paradoks dari kepopularitian dirinya dan kemurungan hidupnya - jelas sekali satu perkara tidak dapat menjamin seperti Akademi Fantasia selalu kata "mimpi menjadi realiti" - sebenarnya mimpi menjadi artis bukanlah perkara yang terbaik pun.

Saya melihat pemikiran Kurt Cobain dari sudut ilmiah - sudut bagaimana psikologi memainkan peranan penting dalam penulisan karya - kerana karya-karya yang ditulisnya sejajar dengan tekanan perasaan anak muda di Amerika pasca Ronald Reagan serta satu era baru informasi sedang berkembang - Internet.Saya melihat cerita di sebalik cuaca murung Seattle yang dikatakan Aril kawan saya selalu hujan seperti Bukit Larut itu.Apakah jika mahu menjadi Kurt Cobain kita kena tinggal di Bukit Larut - itu kita tinggal dulu.Yang penting kita bercerita tentang legasi yang tinggal oleh susuk bernama Kurt Donald Cobain ini. Pada tahun 1994, susuk tubuh itu mula berhenti bernafas di apartmen di rumahnya.

Tetapi pemergian Kurt bermakna berakhirnya satu zaman remaja yang sangat berwarna-warni lagi - tiada lagi mamat yang meludah dan mengencing piano yang bakal dimainkan Elton John dalam MTV Awards - bahkan saya amat terkejut sekiranya Elton John menyanyi lagu "Candle In The Wind" untuk Kurt pada hari pengkebumiannya.Tetapi - Kurt mewakili satu suara anti-establishment di dalam MTV sendiri - boleh dikatakan cuba untuk meremajakan MTV yang sedia korporat.Pun begitu - woit,tak payah cerita pasal ideologi satu hari boleh tak - tapi dia still bersama Geffen Records.

Apapun,kemurungan dan tekanan perasaan yang dihadapi Kurt sebenarnya adalah manifestasi dari kehendak remaja yang ingin bebas dari belenggu kehidupan.Bahkan Kurt sebenarnya menulis lirik dengan cara bebas dan lepas dan bukannya cuba mengahwinkan antara muzik dan Corporate America - tetapi antara muzik dan emosinya.Dan kenapa anak muda lebih tertarik dengan Kurt Cobain daripada SM Salim?Mungkin soalan ini agak ngok sikit - tapi jawapannya tidak ngok sama sekali - bukan sebab susuk SM Salim itu tua - tetapi pemikirannya yang tua menyebabkan anak muda tidak mampu menerima pemikiran yang telah lapok ditelan zaman.Alah - antara John Lennon dan Mawi pun - sudah tentu Mawi dianggap terlalu tua untuk menerima lagu-lagunya - terutamanya percubaannya untuk mengahwinkan antara agama dan dunia showbiz.

Kurt - bagi saya adalah hero pada zaman saya.Seperti John Lennon zaman ibu saya atau Frank Sinatra pada zaman nenek saya.Saya tidak pasti hero pada zaman ini - tapi saya pasti menggelengkan kepala sekiranya ada yang mengganggap Mawi atau Aril AF7 sebagai hero mereka - purge Mahathir Mohammad circa 2001 terhadap undergrounders yang dipanggil "black metal" berjaya kalau itu yang terjadi.

Mungkin ada yang beranggapan Kurt ini satu pemuzik bermasalah - masalah emosi,dadah,arak etc - weh,tu biasalah rockers,tak rock la kalau takde rokok dan tapai dalam kehidupan - tapi disebalik itu,timbul emosi dan perasaan dari seorang manusia - bukan satu emosi atau perasaan yang telah diprogramkan kepada anak muda setiap Isnin perhimpunan pagi di sekolah dengan lagu Cinta IT atau Bahasa Jiwa Bangsa.Mungkin ada yang beranggapan Kurt ini satu pemuzik bermasalah - tapi masalah PKFZ yang dilakukan Mahathir Mohammad lagi besar - sekurang-kurangnya Kurt tidak menelan RM12 billion untuk membeli pil dan tapai serta rokok Marlboro Lightnya.

Penulisan Kurt datang dari satu perasaan yang jujur - satu perasaan yang tidak bohong dan tidak dipaksa untuk orang ramai percaya.Mungkin ada yang berkata "aah ini plastik untuk melakukan penjualan" tetapi sekurang-kurangnya Kurt tidak perlu menangis di atas podium sambil membebel "dah lama dah" untuk mengumumkan persaraan.Apapun - anak muda lebih gemar menjadikan Kurt sebagai idola dan inspirasi daripada manusia yang bercerita tentang wawasan Doraemonnya.

Seperti juga saya membuat band selepas melihat band Butterfingers atau Radiohead,begitu juga dengan Kurt setelah menonton konsert The Melvins.Dan saya harap tidak ada siapa yang akan decide untuk jadi artis selepas menonton Mawi atau Mila AF menyanyi lagu bodoh "Kau Dan Aku" yang setiap hari menyakitkan telinga saya ketika ayah saya memegang remote control sementara menanti perlawanan EPL hari Sabtu.Bagi saya influence The Melvins cukup kuat dalam diri Kurt - ditambah dengan pemikiran ingin lepas bebas - salah satu tiang anarkisme.Mungkin kekecewaan ditambah dengan pemikiran robotik Ronald Reagan menyebabkan mamat Kurt ini tertekan dan malu menjadi warga AS - lalu inilah yang dicoretkannya - bagi mengumpul semua anak muda yang berkongsi perkara yang sama.

Satu lagu yang paling dekat dengan diri saya - Lithium - lagu yang sering mengiringi saya ketika dengan rakan rapat saya - "I'm so happy,cause today I found my friend,in my head.." menunjukkan sebenarnya pengaruh rakan sebaya sangat kuat dengan emosi diri berbanding keluarga atau sepupu yang tak sudah-sudah menekan button 104 untuk menanti-nanti Jangan Lupa Lirik.Ini adalah lagu kegemaran saya.

Tapi tidak lengkap sekiranya tidak membebel tentang "Smell Like Teen Spirit" - seperti membebel tentang Mawi tanpa cerita putus tunangnya, lagu yang menceritakan generasi X yang ingin memulakan satu semangat remaja,walaupun cerita dalam lagu ini sebenarnya hanyalah berkisah tentang deodorant kegemaran Kurt iaitu Teen Spirit.Dan tidak sah sekiranya membebel tentang Nirvana kalau tidak melabon tentang lagu "Come As You Are) seperti membebel tentang Mahathir tanpa bercerita tentang tewasnya beliau untuk menjadi Ketua Bahagian Kubang Pasu circa zaman Pak La La La La.Berkisahkan tentang ingin menjadi diri sendiri,tapi akhirnya mengikut orang - inilah sebahagian besar remaja - seperti mahu menulis blog dan mengekspresi diri namun akhirnya menjadi kuda tunggangan orang lain untuk menyekolahkan semula pemikiran anak muda(lantak kau aku nak tulis apa).Cover untuk B-side Come As You Are juga bergambarkan sperma - dimana pada masa itu kita semua berenang mengikut hala tuju sendiri - takde sape yang bagi guidance dalam menulis.

Apapun lagu kegemaran Nirvana anda,apapun memori anda terhadap Kurt dan penulisan liriknya - satu yang pasti - dari Kurt wujudlah kumpulan-kumpulan alternatif dan indie yang mahu meneruskan ideologi Kurt ini untuk berjalan terus.Tetapi malangnya mereka tersesat dipersimpangan jalan dengan berakhir dengan skandal dengan aktres dan menghiasi akhbar Pancaindera atau majalah Mangga.Ada juga yang berakhir dengan perkahwinan kerana bini tak cukup rock,dan ada yang kononnya menjadi 'revolusi sejati' dengan hanya memakai serban dan jubah sambil membahasakan diri "ana" dan "anta".Ada juga yang tersangkut kerana mahu meneruskan business shisha atau otak-otak di tepi jalan,dan ada di kalangan mereka yang tersangkut sebab penghantaran bala polis moral di kelab-kelab gig.

Apapun - bangsa membaca adalah bangsa berjaya.Itu kata Mahathir Mohammad ketika merasmikan Bulan Membaca pada tahun itu.Dan lihatnya anak muda kita membaca Pancaindera atau Mangga dapat menggembirakan beliau kerana akhirnya dapat membaculkan anak muda dengan pemikiran radikal dan suka menempuh cabaran itu.Kata translator dalam bahasa Cina - kembirikan pemikiran atau dalam bahasa Kurt sendiri,castrating the mind and soul of the youth.

Kini setelah hampir 18 tahun Kurt meninggalkan kita - satu legasi tertinggal - manusia dilihat cool jika menulis lirik dan meluahkan emosi dengan cara tersendiri.Tapi tak tahulah kalau di Malaysia - kalau nak cool kena tengok Macam-macam Aznil - sebab tu orang macam ni selalu dianggap weirdo dan gila isim.

Apapun - tulisan ini adalah manifestasi kekecewaan aku terhadap band aku yang dapat bakal bini dan bini yang lebih dengar lagu Siti Nurhaliza dari Janis Joplin,lebih memikirkan bagaimana nak menghasilkan otak-otak daripada otak,dan bagaimana nak bawa kereta Vios daripada membawa pemikiran dan paradigma baru manusia ke arah manusia yang bebas dari arahan manusia yang asyik jatuh kuda di Argentina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan