9/03/2012

Canggung Mendonan



Seperti biasa sekali sekala bila terlalu kerap bersembang tentang politik hingga Razor berkata "ya,saya setuju"(sebagai tanda bosan),maka aku mengubah topik hari ini kepada muzik dan seni. hari ini aku akan menulis bukan kumpulan muzik tetapi seorang individu yang bernama M Nasir.Tapi untuk mengubah style review aku,aku mengulas tentang satu album demi satu album.Next week mungkin aku review Butterfingers atau mungkin Radiohead,insya-Allah.

Album yang aku ingin sekali review ini ialah Canggung Mendonan.Album ini tidak seperti album-album M Nasir yang lain,kerana album ini - bagi aku sangat special.Kerana album ini dikeluarkan pada tahun 1993, tahun aku dilahirkan, Eric Cantona baru masuk Manchester United,Bill Clinton baru jadi Presiden,dan Selangor muncul juara liga Semi Pro Divisyen 2(tahun 1992 relegate).

Album ini banyak mempengaruhi aku masa aku kecil.Antara lagu yang mempengaruhi aku ialah Tanya Sama Itu Hud-Hud,membayangkan imajinasi aku tentang pengembaraan seekor burung dalam sebuah negeri yang diperintah Raja Muraq.

Dalam album ini jelas sekali keanarkian M Nasir,yang pada tahun itu juga dibanned dari RTM kerana mengeluarkan kenyataan "Siapa Mahathir tu?",jelas sekali satu kerdipan sifat memberontak aku tercetus dalam album ini.

Antara bait-bait yang aku sifatkan ada sifat keanarkian itu ialah dalam Tanya Sama Itu Hud-Hud:

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan

Di mana pula kau berdiri
Di sini


Lagu Anak-Anak Kita lebih bersifat santai tetapi sinis pandangannya.Ianya mencetus satu persoalan "ibu bapa suka salahkan anak-anak bila anak-anaknya gagal atau hanyut,tetapi pernahkah mereka salahkan diri sendiri?",pasal tu pernah sekali aku keluarkan pandangan itu kepada Razor dalam satu post entry yang dia pun membantah statement aku.

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri


Mentera Semerah Padi aku sifatkan ini terlalu mahu menonjolkan "Melayu itu Unggul",sejajar dengan prinsip ketuanan Melayu UMNO.Mungkin lagu ini kurang cocok dengan jiwa aku,kerana aku tidak taksub dengan Melayu.Entah,tak tau la kenapa tak taksub.

Sentuhan Listrikmu ialah lagu seperti mengusap deja vu dalam kehidupan.Kadang-kadang sampai satu tahap kita akan termenung seketika dan berfikir,"eh,aku rasa aku pernah terbayangkan benda macam ni laa..",dan mungkin bila bercakap soal cinta,terfikir pula "apakah cinta ini seakan kita pernah bertemu tetapi tidak pernah disapa?",mungkin pengalaman aku dengan arwah Sherina dimana aku melihat dia diam membelai kucing,atau bersama Sue yang semasa itu menegurku tetapi tidak ku balas sapaanku,bila difikir balik,"eh eh,last2 couple jugak dengan dia ni..".Chewah,jiwang pulak!

Mungkin lagu Bonda lagu yang terbaik bagi aku.Memang cliche lagu ini diletakkan dalam list terakhir CD Canggung Mendonan ini.(Selalu lagu best dorang letak last2,kenapa eh?)

Lagu Bonda bila didengar-dengar,kadang-kadang boleh menitiskan air mata.Ye la,terutama bila sorang-sorang dilanda beban hidup seorang,tanpa orang yang paling kuat menyokong kita - ibu.Terutama lirik ini kadang-kadang perasaan hiba dan kecewa tu terkuis dalam hati bila kita dilanda kegagalan dan membayangkan wajah ibunda kita.

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi


Dan lagu yang juga jadi favourite aku dalam Canggung Mendonan ini ialah lagu Bukalah Hatimu.Sungguh terbuka dan sungguh tepat tembakan M Nasir terhadap kita.Menceritakan tentang kita yang suka salahkan Barat atau pelbagai lagi bentuk fahaman yang kita sendiri sebenarnya sedar tak sedar kita buat juga.Kita marah Zionis tapi kita redha Ketuanan Melayu.Kita marah Nazi tapi kita redha Ketuanan Melayu.Zionis rampas tanah Arab,kita Melayu rampas tanah adat di Sabah,di Gua Musang,di Sarawak 10,000 orang Penan hidup merempat.Kita hanya salahkan Bush,salahkan Reagan,salahkan Gorbachev,salahkan Ariel Sharon,salahkan Hitler,tetapi tak pernah salahkan kepimpinan yang huru-harakan Kuala Lumpur circa 1969.

Salahkan Zionis
Atau Freemason
Salahkan Nazi
Dan Klu Klux Klan
Salahkan orangtua
Salahkan sejarah
Salahkan semuanya
Tapi dirimu


Dan mungkin sekali statement yang paling kuat dalam lirik ini yang boleh aku kupaskan ialah,

Mudah sangat menyalahkan orang
Bila diri ditimpa malang
Bukalah hatimu
Pada kebenaran
Kerna kebenaran
Ada di dalam


Kesimpulannya di sini,aku boleh sifatkan ini ialah album Melayu yang benar-benar pada aku bertaraf "World Class",kerana ianya benar-benar menjana pemikiran,menjana emosi dan menjana sastera bahasa kita.Orang Melayu wajib dengar.Orang pencinta seni wajib dengar.Orang ingin cari kedamaian,wajib dengar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan