Dah lama jugak gua tak update blog ni dan dibiarkan mati tanpa ada berita apa apa pun kan. Rasanya tak lambat lagi untuk gua ucapkan Salam Aidiladha tahun 1433H ni. Okay, masa gua duduk library hari tu, gua terjumpa buku yang gua rasa sangat bagus untuk dibaca oleh student dan juga orang yan dahagakan revolusi seperti gua. Malang lah kalau lu ni sebenarnya mat jiwang yang dok tercongok baca buku Alaf21 dari muda sampai ke kecik dan tak boleh nak ambil bahan bacaan yang sedikit berat.
Tajuknya France 1968:Month Of Revolution.Kisah bagaimana Presiden Perancis Charles de Gaulle hampir-hampir digulingkan. Sebulan bandaraya Paris lumpuh. 10 juta rakyat merusuh di sekitar Perancis. 2 juta merusuh di Champes Elysees, jalan yang paling popular di Paris.Di L'Arc de Triomphe - pelajar, pekerja dan penganggur bersama-sama 'menakluk' bandar Paris dan sekali lagi untuk kali ketiga bandar Paris merusuh besar dan revolusi Perancis kedua hampir berjaya.
Kisahnya bermula apabila Universiti Nanterre dimana 150 orang pelajar berhimpun membicarakan tentang diskrimikasi dan birokrasi yang menyusahkan rakyat.Daripada perhimpunan ini maka tercetuslah Pergerakan 22 Mac. Pergerakan 22 Mac ini diharamkan oleh polis. Jadi polis pun bertindak menangkap ahli pergerakan ini.Daripada tindakbalas polis ini .Pihak pelajar pun tidak berpuas hati,dan akibat dari itu,Universiti Nanterre ini ditutup.
Apabila Universiti Nanterre ini ditutup, seluruh pelajar universiti ini bertindak dengan protes di jalanan.Mereka juga menyebarkan risalah tentang penindasan pihak borjois dan pihak kapitalis terhadap kaum pekerja - lalu kaum pekerja di sekitar Paris juga menyertai mereka. Mereka melancarkan mogok - menyebabkan pasaraya besar,shopping complex dan kilang-kilang ditutup.Begitu hebat sekali kuasa kaum pekerja ini.
Mereka menuntut agar mereka yang ditangkap ini dibebaskan, polis keluar dari universiti dan membuka semula universiti Nanterre. Pada 10 Mei,pihak polis membina halangan tetapi ratusan ribu pelajar dan pekerja meruntuhkan tembok tersebut.Mereka merentasi Sungai Seine bersama-sama,dan mereka dihalang oleh polis CRS(Compagnies Républicaines de Sécurité) dan pihak anarkis(yang tidak percaya kepada undang-undang) membaling Molotov Cocktail. Polis bertindak lebih ganas menggunakan gas pemedih mata dan bom asap serta memukul pihak anarkis dengan hujung senapang.Pihak pelajar dan pekerja sementara itu menyiapkan persiapan untuk melancarkan mogok pada 13 Mei.
Pada 13 Mei seluruh Paris mogok. Semua pekerja tidak mahu bekerja. Pihak kapitalis berada di dalam kerugian. Perdana Menteri Perancis Georges Pompidou merayu kepada semua pekerja agar tidak mogok kerana ia merugikan negara. Pompidou kemudiannya membebaskan kesemua ahli Pergerakan 22 Mac dan membuka semula universiti, mengikut apa yang dituntut pelajar. Namun demikian, Universiti dikawal oleh pelajar, dan tidak mengikut arahan kerajaan. Mereka bertindak secara kolektif dan menjalankan universiti secara demokratik. Begitu juga dengan pensyarah dan pekerja di universiti. Tidak ada arahan dari kerajaan.
Di Nantes keesokan harinya,kilang kereta Renault juga mogok.Menyebabkan pengeluaran kereta nasional Perancis terhenti.200,000 orang mogok.Menjelang keesokan harinya,200 bandar di Perancis ekonomi kapitalis terhenti.Petani mengeluarkan jagung,kentang dan gandum atas permintaan rakyat,bukan permintaan tamak haloba pemodal.Penternak mengeluarkan daging mengikut kehendak rakyat.Jadi harga barangan dengan automatiknya turun - sebab ketiadaan orang tengah.
Harga lobak merah turun dari 70 cents kepada 30 cents. Harga kentang turun dari 80 cents kepada 50 cents. Harga daging lembu turun daripada 2 franc kepada 80 cents. Harga barangan dipantau oleh komiti perusuh bagi memastikan harga barangan tidak menyusahkan rakyat.Syarikat besar gulung tikar.Presiden Charles de Gaulle yang berada di Romania tidak dapat berbuat apa-apa.Bahkan, ada polis, tentera dan pihak keselamatan yang berada di pihak perusuh,menyokong tindakan mereka.
Petit borjois dan golongan elit segera meninggalkan Paris. Di sempadan Switzerland, keadaan kesesakan lalu lintas berbatu-batu jaraknya. Di Marseille,pekerja pelabuhan mengangkut barangan import lalu mengagih-agihkan kepada rakyat setempat. Di Toulouse, Bordeaux, Lille, Lyon para pekerja semuanya sepakat mahu menggulingkan kerajaan Charles de Gaulle.
Menjelang akhir Mei 1968 jumlah perusuh mencecah 10,000,000 orang Kerajaan de Gaulle lumpuh. Pihak pelajar,pekerja dan penganggur menubuhkan "Parlimen Sementara" di teater-teater di sekitar Perancis bagi menguruskan ekonomi autonomi di Paris.
Setelah sebulan Paris lumpuh tindakan Parti "Komunis" Perancis yang pro Stalin dan kesatuan sekerja yang pro de Gaulle menyebabkan rusuhan itu terhenti. Walaupun demikian, kesan rusuhan itu terhadap Perancis hari ini sangat terlihat sehingga hari ini.Mereka berjaya menuntut autonomi universiti, gaji minimum yang lebih baik serta undang-undang tidak membenarkan pihak pemodal menyuruh pekerja bekerja 35 jam seminggu. Walaupun hari ini Presiden Perancis Nicholas Sarkozy cuba untuk membubarkan undang-undang ini,beliau tidak berbuat demikian kerana takut kejadian 40 tahun yang lalu bakal berulang.
Bila dah baca ni engkorang boleh lah buat kesimpulan sendiri, kenapa demonstrasi macam Bersih patut ada kat negara kita. Macam aku cakap masa lepas, orang yang terlampau selesa dengan sistem akan menjadi malas untuk bergerak dan malas untuk berfikir. Dunia ini milik anak muda.