Petang ni gua nak cakap pasal seni. Sebelum gua tulis pasal seni ni,apa yang lu orang faham pasal seni? Lukis-lukis? Conteng-conteng? Tampal-tampal?
Selalunya bila kita belajar Pendidikan Seni semasa kat sekolah dulu,kita diberi gred,kalau cun gila(macam arca World Cup aku dulu, serious beb jadi betul hahaha!), dapat la A. Kalau lukis biasa-biasa tu, dapat la B. Kalau lukis muka potret ala-ala Shin Chan tu dapat la C.
Tapi, cikgu-cikgu seni yang judge kita A,B,C ni tau ke apa itu seni? Apa kejadahnya seni tu.
Seni itu persepsi diri. Persepsi diri anda sendiri sebagai makhluk yang punya akal. Seni itu persepsi diri lu,apa yang lu rasa tentang dunia ni.Apa yang lu observe,apa yang lu nampak,apa yang lu rasa. Kalau takat belajar tampak, garisan, warna, tu bukan seni. Tu matapelajaran mengenal rupa.
Apapun seni sudah tidak lagi bersifat opini sendiri sejak akhir-akhir ini. Tambahan evolusi teknologi, seni itu dilihat-yang mana boleh market,yang itu dapat A. Sama la dengan budak-budak UiTM yang course seni, yang aku kenal. Buat design itu ini, tapi bila aku tanya,apa motif kau buat design ni, dorang kata "janji cun". Tu ke lecturer2 seni kita ajar?
Nampaknya kita ni selalu hidup berorientasikan kecantikan.Yang mana cantik kita pulun.Yang mana hodoh kita bakulsampahkan. Apakah terlalu jahilkah seni sampai tak kenal persepsi diri sendiri?
Nampaknya kita hidup dalam kepura-puraan dan hipokrasi.
Lecturer-lecturer yang ada,yang kata "oo,ini tak sesuai,ini tak sesuai", hey, cuba tanya diri sendiri dulu,masa umur 4 tahun, boleh tak kita samakan persepsi kita dengan umur 14 tahun? 24 tahun? Persepsi tu mana sama beb .Nilai persepsi gua dengan lecturer gua lain.
Apa yang ada dalam diri kita?Ketakutan?Keindahan?Kehuru-haraan?
Kita sendiri yang cipta seni tu.Biarpun lukisan setaraf Shin Chan,aku tetap pandang itu nilai seni.Dan seni ini bukan lah sempit dan kecil macam korang sangka.Apa korang ingat lukisan Michaelangelo,Leonardo da Vinci tu semua "the perfect art" ke?
"The Perfect Artist" is ALLAH SWT.Takde siapa boleh lawan ciptaan dia.
Dan biarlah kita semua nikmati seni ni, dan jangan lah ada prejudis dengan pandangan orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan