9/25/2012

Liberalisasi Kewangan Kepala Hotak Kau!


Perompak pada masa kini datang dengan memakai necktie, coat dan tandatangan. Ini perompak lapuk


Hari ini aku bukak Astro Awani. Setelah sekian lama di UiTM agak jarang menonton Astro Awani,tiba-tiba hari ini aku membuka TV, ketua kampung Najib Tun Razak berkata tentang 'liberalisasi kewangan' yang akan membuka sebanyak 70 peratus kepada ekuiti asing.

Kepada makcik Bedah dan Pak Usin Petai yang tak pernah dengar perkataan-perkataan bombastik tetapi plastik ini, harus diingatkan bahawa ini adalah satu 'penjajahan bentuk yang baru' atau Bung Karno kata, "neo-kolonialisasi".

Mungkin Pak Usin Petai atau pakcik pakai kopiah cakap kuat-kuat dalam ceramah anggap, penjajahan ini datang dalam bentuk tentera Jepun mengayuh basikal dari Kota Bharu, membawa senapang dan membawa kapal terbang. Mungkin makcik Bedah rasa setakat ni takde pun kereta kebal US atau kapal perang mendarat di Selat Melaka untuk menakluk Malaysia.

Rakan-rakan semarhein, kita sedang 'diserang'.

Muka-muka manis pakai necktie dan pakai coat, bercerita tentang 'liberalisasi kewangan' ini sedang menyerahkan sepenuhnya kewangan negara kepada 'anasir-anasir tertentu'(satu konotasi klasik surat khabar Melayu kalau nak mengatakan sesuatu yang jahat). Tandatangan dan kertas-kertas dokumen ini sebenarnya adalah satu penaklukan jenis baru yang tak memerlukan senjata dibawa ke sini. Dengan satu stroke tandatangan, secara langsung rakyat marhein akan menjadi hamba kapitalis Orde Baru Dunia.

Dalam dasar liberalisasi kewangan ini, bank-bank luar negara ini dibenarkan untuk beroperasi di Malaysia. Dua bank Islam akan dibuka pada tahun ini,membawa pelaburan sebanyak US$1 billion. Sektor insurans dan kewangan asing dibuka dari 49 peratus kepada 70 peratus. Bermakna, kewangan negara dikuasai oleh 70 peratus ekuiti asing.

70 peratus dari bank kita adalah milik asing. Mereka akan mengawal kewangan kita sebanyak 70 peratus. Balik ke negara mereka, mereka sudah mengalami apa yang dikatakan sebagai 'ketepuan pasaran'. Di Eropah juga mengalami 'ketepuan pasaran'. Jadi sasaran berikutnya, Asia dan Afrika lah!

Biar aku copy paste sedikit petikan dari Utusan:-

Memberi lebih fleksibiliti kepada institusi kewangan asing yang beroperasi di Malaysia untuk memperluas jangkauan produk dan perkhidmatan kewangan terutamanya melalui pembukaan cawangan baru. Ini bagi mencapai akses yang lebih meluas dalam memberikan perkhidmatan kewangan dan meningkatkan penembusan insurans di dalam negeri. Bank-bank perdagangan asing yang diperbadankan di Malaysia akan dibenarkan membuka empat cawangan baru dalam 2010 dan 10 cawangan pembiayaan mikro tahun ini.


Dengan membenarkan mereka ini berfungsi, maka rakyat akan menyimpan wang ke dalam bank-bank tersebut. Rakyat akan meminjam wang dengan bank tersebut. Dan bank asing ini akan membuat keuntungan dengan rakyat marhein ni. Kita nampak watak ah long yang ganas, yang pukul orang, simbah cat merah dan pecah kereta orang ni ganas, tapi bank ni serupa juga dengan ah long. Rampas rumah, rampas tanah dan jadi milik bank, bukan tu ke sifat penjajah? Oh yeah, kadar faedah bank asing 20 hingga 30 peratus setahun, bahagian mana yang aku tak explain tentang 'penjajahan' ni?

Mereka dari syarikat korporat ini datang seperti watak-watak Alfonso D'Albourqueque, seperti Ferdinand Magellan, Christopher Columbus atau seperti Francis Light atau seperti George W Bush ke Iraq. Mereka orang asing datang ke tempat orang untuk keuntungan. Dan sesiapa yang kata ini dasar bagus lebih baik menghanggukkan diri ke dinding. Ini bentuk penjajahan baru. Duit kita sedang diberi 70 peratus hak kepada bank asing.

Oh, bercakap tentang liberalisasi kewangan ni mampu menjadikan Malaysia menjadi hub kepada sistem kewangan Islam sedunia, jangan buat lawak la. Mengislamkan kapitalis samalah seperti membubuh minyak wangi ke tahi. Walau sebaldi Chanel disimbah tapi ia tetap tahi dan wajib disamak jika ia mughallazah.

Sesungguhnya dengan menghantar seorang mamat banker pakai necktie,pakai coat dan kasut kulit ini jauuuuuuuuuuuuuh lebih jimat daripada membawa 100,000 bala tentera,kereta kebal, dan USS Nimitz untuk menakluk hasil mashyul negara.

Bak kata Eyka Hamasuba
 "kita merdeka dengan perundingan".

Tapi aku balas balik,
"kita dijajah semula dengan perundingan".

Aku ingin bertanya sebagai seorang rakyat yang menyimpan wangnya dalam bank, apakah wang kita itu dijamin selamat? Dan aku ingin bertanya, 'liberalisasi kewangan' ini siapa yang akan untung?

Fikir-fikirkanlah rakan-rakan semarhein sekalian, apakah caranya untuk kita keluar dari semua ini?

Miliknegarakan tanah. Instalasikan sistem penyimpanan wang yang lebih telus dan adil. Hapuskan sistem bank. Utamakan pertanian untuk makanan. Mansuhkan sistem kadar caj faedah. Mulakan perdagangan barter yang kalis inflasi dan setiap rakyat harus sedar bahawa bank asing ini adalah penjajah ekonomi kita. Kita mulakan satu sistem kewangan yang lebih adil - kau simpan, kau keluarkan duit. Nak pinjam bayar berapa banyak yang dipinjam. Pinjam RM200 pulang RM200. Kalau takde duit cakap takde duit. Tak payah bank overdraft lagi. Tak payah niagakan wang. Miliknegarakan sistem kewangan.

Aku lebih suka perkataan 'milikrakyatkan' aset kewangan kita.

Mereka bukan tak tahu cara ini, tapi mereka tidak mahu sebab mereka rasa kalau berbuat begini, mereka tidak akan jadi kaya raya.

Oh ya, bank Islam masih lagi mengamalkan riba.

9/22/2012

Hari Keparat!

Dresscode ni sebenarnya untuk apa kat universiti? Nak educate orang ke nak suruh orang jadi fashion victim?

Kelakar pagi tadi aku kena tahan pak guard. I laughed until my head comes off bak kata Thom Yorke singer band Radiohead dalam lagunya Idioteque-nya tu. Memang idiot. Memang memang idiot.

Aku admit aku memang jenis selekeh. Perkataan 'selekeh' tu sendiri datang dari perkataan 'slackers' yang bermaksud 'a person who avoids work' dan aku tambah sikit definisinya bagi pihak aku,
'a person who avoids works to avoid himself to be slave of authority, establishment and capitalism". Aku cakap terus terang, aku benci neck tie. Aku benci seluar slack dan aku benci kemeja butang ditugged-in. Aku benci rambut aku dipotong pendek kemas dan disikat tepi dan aku benci untuk jadi 'mat belia'. Aku pakai baju macam tu tapi terus terang, kita tak selesa dengan baju yang macam tu, kan? Bak kata si Bongkok,
"Aku bebas, aku bebas berbuat sekehendak hati,aku bebas dari undang-undang!"

OK, ceritanya bermula apabila aku pakai seluar pendek koyak aku,baju lusuh dan rambut pagi aku memang tahap serabai. Aku sejak kecip tak suka sikat rambut. Oh yeah, almost forgotten, my selipar jepun size 10. Aku nak pergi kedai beli megi dan sabun. Tiba-tiba ditahan pak guard.

"Dik, student ke?". Bodoh punya soalan. Dah aku keluar dari bangunan asrama, mestilah student. Apa kejadahnya kau tanya soalan macam tu?

"Ni adik,kalau student, pakai la semenggah sikit. Ini seluar koyak-koyak, baju tak basuh lusuh gila ni pasai apa?"

Aku jawab ringkas,"Bang, pandai atau bodoh orang tu bukan berdasarkan baju. Berdasarkan otak.Kalau pakai necktie, bawak briefcase tapi otak bangang pun tak guna". Terus je aku blah.

Semasa aku study di UiTM Merbok, aku ditahan pak guard jugak. Masa tu hari Isnin, dan di UiTM, hari Isnin itu diisytiharkan sebagai Hari Korporat(literally Keparat by UiTMers yang anti establishment). Hari tu baru balik kelas, around pukul 4. Nak pergi kedai beli ubat gigi, sabun dan comics. Dengan selamba memakai baju bundle, seluar pendek, terus je keluar gate. Tiba-tiba pak guard tahan.

"Woi badigol! Kau nak pergi mana tu?". Aku jawab nak pergi kedai. Dia pun tengking aku dan berkata "hari ni hari Korporat. Mana necktie kau? Ni pakai seluar pendek je".Aku pun jawab balik, "takkan pergi kedai pun nak pakai necktie? Nak pakai seluar slack?".

Dan aku tak paham kenapalah idiotisiti manusia-manusia yang sukakan establishment dan "follow the rules" ni mengacau ketenteraman orang-orang yang macam aku?

OK la, bercakap tentang fashion dan kepandaian, eloklah aku ambik dua jenis kelompok manusia.Yang pertama ialah orang-orang jenis Mat Belia. Pakai baju tugged in sebab kat sekolah cikgu suruh. Rambut sikat tepi. Pakai lencana sekolah dengan nametag. Dia rasa bangga sebab dia dilabel sebagai contoh di sekolah. Semua cikgu puji dia.Study 'pandai', sebab apa yang cikgu tanya semua dia jawab sebab dia jadi tape recorder cikgu .Apa yang cikgu cakap, dia catit, pasal tu dia boleh jawab balik soalan cikgu tu.

Kalaulah cikgu ajar pasal macam mana nak masak kari ayam, dia akan catit satu-satu dan bila cikgu suruh buat balik kari ayam(maksudnya test/exams), dia boleh buat sebijik macam cikgu buat. Dia 'pandai'. Dia pandai mencopy paste. Pada aku manusia macam ni manusia yang takde identiti.

Cuba ditanya soalan lain, macam mana nak buat asam pedas ke, masak lemak cili api ke, atau Ayam Tempura ke, confirm dia cakap "mana saya tahu,cikgu tak ajar lagi".

Jadi, orang-orang yang macam ni,serupa macam orang-orang yang menjerit-jerit dalam Dikir Barat. Apa yang Tukang Karut cakap, dia ulang balik. Orang-orang macam ni sebenarnya bukan pandai, tapi seekor lembu jadian yang ditukar menjadi manusia sebab rela mengikut je perintah orang.

Satu lagi golongan adalah golongan yang  "pergi mampos dengan establishment". Kenapa kena pakai necktie? Pakai necktie jadi pandai ke? Bawak briefcase jadi pandai ke?

Band punk NOFX, Bad Religion, dengan band rapcore Rage Against the Machine, pakai selekeh je. Tapi semua PHD. Eddie Vedder penyanyi Pearl Jam dengan image grunge dia, double PHD holder. Relax je. Dia tak perlu pakai necktie untuk 'nampak pandai'. Dia berfikir kenapa buat ini, buat itu. Oh by the way, you don't need neckties to prove your intelligence.
Mamat-mamat NOFX ni semua PHD holder. Tak pakai necktie pun?

Fat Mike vocalist NOFX tu, selamba je. Aku rasa kalau dia jumpa Khairy Jamaludin dia boleh tibai je fakta-fakta sampai mamat belia tu senyap.

Kau nak 'nampak pandai', atau jadi pandai?

Kalau necktie, coat, briefcase dan seluar slack menjadi sandaran untuk menjadikan kau kelihatan seperti pelajar universiti, berenti la belajar. Buang masa. Kalau datang dari jauh-jauh semata-mata nak jadi fashion victim, pergi mati la. Aku nak jadi diri sendiri.

9/20/2012

Apabila sambal belacan cuba menjadi Hamburger


                                                                   Daulat Tuanku!
Pertama-tama sekali,isu English phail saya menjadi "low-blow" kepada pihak celik pandai yang kononnya power bercakap English.Mereka kata saya butthurt kerana saya terasa dihina bila English saya lemah.Ya - saya mengaku memang English saya lemah - dalam penulisan dan tatabahasa.Which is OK la banding when I was Form 4 I only know "please teacher may I go out" dan "good morning teacher". Terima kasih kepada Cik(sekarang Puan) Syarifah hape entah aku pun tak hengat yang hawt kerana menjadi cikgu English saya dan memberi saya dan semua murid-murid lelaki untuk bermotivasi.Kadang-kadang terfikir kenapa dia tak jadi macam Cikgu Suraya.(paham2)

First of all,kenapa orang Melayu ni?Bila English tak betul je nak sound.Weh bukan "was" tapi "were".Weh bukan "is" tapi "are". Weh bukan "to be" tapi "will". Lancau la semua ni. Aku tak pernah pulak dengar orang Melayu sound "weh bukan telah,tapi akan" atau "bukan tertanya tapi bertanya".

Alasan yang pernah gua dengar ialah Bahasa Melayu adalah bahasa yang lemah.Yang takde struktur.Yang takde sejarah.Yang takde kelas.Yang takde nilai ilmiah. Orang Melayu makan petai makan sambal belacan sendiri yang cakap. Seolah-olah macam seumur hidup makan kat kedai makan Banger and Mash kat Portobello Road. Macam seumur hidup berulamkan sayur rocket dan bukannya pucuk paku.

I don't have problem with people with perfect English.Even better.Lagi bagus kalau kau ada perfect English.Walaupun aku takde perfect English,English aku tak pernahlah level sampai "to cook burger first we go burn the meat then put butter in the bread" instead "first we grill the burger patty and then spread butter on the bread".Well,masih ada lagi teruk dari aku di universiti Alam Melayu ni and it's surprisingly dia senior aku dan dapat Anugerah Dekan.Aku tak pernah tulis kat resume aku English perfect even though even executive level peeps told me I got that.No I didn't.Walaupun aku MUET lagi satu point nak Band 6 pun aku masih cakap aku tak perfect.

What is perfect English by the way?Queen English? American English? Cockney? Scouse?Australian English?Atau Canadian English "feck you I den't know whet you're seyin?".Siapa yang invent bahasa Inggeris ni melainkan 2-3 kaum gasar Anglo-Saxon yang menyeberang Pulau Albion semasa zaman Alfred the Great? So the language evolves until the form as we speak today.So kalau kau cakap "perfect English" dizaman Shakespeare kecuali kau dalam kelas kesusasteraan English kau akan dianggap orang gila.Even kau di England.

So what is perfect English? Apakah perfect English seperti yang ada dalam buku teks KBSM? Atau English yang digunakan oleh Hugh Grant dalam filem-filemnya? English Tony Blair? English Mahathir? LOL.

Jadi tak kisahlah apa juga makrifat dan pendapat anda terhadap "the perfect English". For me kalau aku bercakap English level tertinggi pun it's still in the blog. Pergi mati la aku nak tulis-tulis English perfect dalam blog. Ini blog bukan Kertas Satu TESL or MUET.

Lalu aku persoalkan kenapa Melayu tak pernah pertikaikan orang salah guna bahasa sendiri.Dulu mak aku pernah marah orang Selangor cakap "bela kasut" atau "bela lampu" instead "baiki kasut" atau "baiki lampu".Semasa aku pindah dari Johor ke KL aku juga ada kejutan budaya ni.Until mid 90s barulah orang gunakan "repair" instead "bela".Serious, for real orang Selangor cakap bela.

And orang Melayu bila mat Salleh cakap bahasa Melayu accent pelat dorang je semua orang cakap "eh comelnya Paku dan Belacan ni". And the girls will jizzing in their pants bila dorang sengih dengan gigi kuning mereka. Apahal bila Melayu cakap English ada problem sikit in tatabahasa kau dah sound-sound? Apa beza seorang mat Salleh cakap pelat Bahasa Melayu dengan orang Melayu cakap pelat Bahasa Inggeris?

"Tapi bahasa Inggeris bahasa international,diterima pakai seluruh dunia.Bahasa Melayu mana laku sangat.."

Abang gua pernah pergi melancong dekat England. Dia cerita pengalaman dia kat gua. 560 kilometer dari Selatan England yang bernama Dover - ada sebuah bandar yang bernama Calais.Selepas pening kepala jalan terbalik bas diorang singgah di kedai donut. Apabila abang gua datang nak membeli donut "How much the price of this donut,sir" dan mat Salleh tu buat tak pot.Hanya bila abang gua cakap "Excuses moi,combien est donut" - dan abang gua tau tu memang phail punya French. Tapi dengan penuh mesranya mat Salleh tu melayan abang gua "La beigne?Oh,c'est 2 euros".Dan 560 kilometer tu macam dari KL ke Perlis.Bukan jauh sangat - tu kau cakap English ni bahasa international?

Lagi satu aku heran - kenapa Melayu bila pergi UK ke US ke - dorang pergi kedai tak pernah cakap bahasa Melayu pun,dan pelayan mat Salleh tu tak pernah cakap bahasa Melayu pun.Which is OK la - "when you're in Rome do as the Roman does" atau pepatah Melayu "masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu mengemboo"(tipulah,arwah atok aku kerja kat ladang kambing dia masuk tak pernah mengembek pun,apa la pepatah Melayu ni).Tapi bila mat Salleh masuk kedai kat Malaysia - orang Malaysia gatal mulut cakap bahasa Inggeris instead Melayu.Kalau dorang datang sini dorang la kena cakap bahasa Melayu.Can you see concept home-away here?

"Tapi bahasa Inggeris ni bahasa intelektual"

Siapa cakap?Jean Jacques Rosseau atau Jean Paul Sartre intelek terulung pun tak pernah tulis in English karya dorang.Hanya orang translatekan je. Umberto Eco penulis semiotik terulung tak pernah tulis in English. Si Dario Fo tak pernah tulis skrip in English tapi orang English nak buat play theater dia translatekan dari Italian ke English. So, kenapa orang Melayu ni sibuk cakap ni bahasa intelektual? Apa bahasa kita tak cukup intelektual?

Member aku cakap Bahasa Melayu tak cukup perkataan.In fact bahasa Melayu yang benar-benar Melayu ada 4 je api,padi,besi dan babi.Ini je bahasa asal Melayu yang lain semua angkut dari Sanskrit,Portugis,Jawa,Belanda,dan Inggeris.Tapi harus kau ingat bahasa Inggeris pun banyak cedok kat Greek,Jerman,Latin dan Gaulic French.So kalau kau rasa bahasa Melayu ni tak cukup intelektual - mari kita jadikan bahasa Melayu ni bahasa intelektual.Langkah pertama untuk menjadikan bahasa Melayu ni bahasa intelektual ialah membasmi segala bacaan bahasa Melayu yang berbentuk hiburan poyo macam Mangga dan URTV.Now,kenapa aku cakap macam tu despite English pun ada Lime,Celebrity dan MAXIM ni because tulisan-tulisan picisan tu hanya mewakili angka yang kecil dari jumlah keseluruhan karya dalam bahasa Inggeris.Kita bahasa Melayu  Mangga, URTV, Panca Indera  tu tak termasuk tulisan-tulisan bodoh macam Mastika, KOSMO dan Harian Metro.

And by the way,to all Grammar Nazi out there,I believe all of you are Malays, why don't you be PERKASA TATABAHASA pulak?After all,korang pun bukan lahir kat England. Oh ya - kalau berani sila betulkan grammar Andy Gray. Atau Steve McMahon pengulas ESPN. Aku pun rasa grammar dia sangat hancur. Oh don't forget kalau jumpa JAMIE CARRA pun try to compare SCOUSE ENGLISH and YOUR STANDARD PERFECT ENGLISH.

"Tapi SCOUSE ENGLISH tu macam loghat la Man.Ala, macam loghat Klate la."

Indeed,memang betul.Tapi kau pernah dengar ke dorang cakap Queen English?Tak kan?So,people in LIVERPOOL tak pernah kisah about PERFECT ENGLISH, kenapa kau kat Sungai Petani ni nak sibuk-sibuk PERFECT ENGLISH?

Nama dah 55 tahun merdeka tapi apa benda yang merdeka kalau Melayu dengan Melayu lepak mapley pun cakap English? Gua sayangkan bahasa gua. Tu je.

9/15/2012

Inikan Yang Korang Nak?


Karim adalah seorang engineer di sebuah syarikat terkemuka negara. Dia merupakan pelajar cemerlang di sekolah berasrama penuh, kemudian ke universiti dengan pelajaran yang cemerlang. Beliau mendapat kelulusan sijil yang bagus, dan seterusnya melayakkan dia mendapat biasiswa ke luar negara. 
Sebelum itu, beliau merupakan seorang ketua pengawas sekolah dan juga ketua pengakap di sekolah yang sentiasa aktif. Karim juga aktif dalam bidang ko-kurikulum terutamanya dalam bidang sukan. Karim juga seorang yang aktif dalam pidato sekolah disamping aktif dalam acara peringkat daerah dan negeri dalam setiap apa yang diwakilinya.
Selepas habis belajar di luar negara, Karim dijodohkan dengan Lydia, seorang pramugari yang dia kenal semasa di luar negeri. Beliau kemudian berkahwin dan memperoleh tiga orang cahaya mata yang cantik-cantik, Kesha,Cassandra dan Aiman Danish. Selepas berkahwin beliau membeli rumah di Country Heights dan beliau memiliki dua buah kereta iaitu Audi RS4 dan BMW 4 Series. Beliau sering mendapat projek di dalam dan luar negeri dengan pendapatan yang lumayan. Isterinya juga sentiasa menantinya setiap petang apabila dia pulang rumah. Mereka makan bersama dengan keluarga setiap hari. Pada hujung minggu Karim sering membawa keluarganya bersiar-siar dengan kereta Jermannya. Ke tempat peranginan dan tempat percutian. Hujung tahun Karim membawa keluarga ke Australia atau Eropah untuk cuti sekolah.
Karim juga menghantar ibu dan ayahnya ke Mekah setiap tahun. Karim juga menghantar adik-adiknya belajar ke luar negara. Setiap hari, Karim bersarapan spaghetti, tengah hari tenderloin steak dan malam ikan seabass. Setiap hari Karim berjoging sekurang-kurangnya 5 kilometer setiap hari dan sebelah petang menghabiskan masa sekurang-kurangnya sejam dalam 3 hari seminggu di gim. Karim sangat rapat dengan kawan-kawan sekerjanya, mahupun rakan-rakan sekolahnya. Karim tidak pernah terlepas masa untuk bertemu dengan semua rakan-rakannya. Karim tidur dengan tilam yang sesuai untuk kontur tulang manusia. Sebagai orang yang menjaga kesihatan, Karim tidak makan makanan monosaturated fats atau makanan yang dihidangkan di microwave, apatah lagi maggi dan mi segera. Karim memastikan keluarganya dapat makan makanan yang segar setiap hari. Setiap hari Ahad, Karim akan ke pasar raya untuk mendapatkan makanan yang paling berkhasiat untuk keluarga. Karim tidak merokok. Karim tidak makan ubat, dan jarang jatuh sakit kerana menjalani cara hidup yang sihat. Karim menggunakan tayar Continental yang sangat baik mencengkam jalan ketika hujan. Anak-anak Karim semuanya menggunakan seatbelt tanpa disuruh. Setiap hujung minggu Karim membawa anak-anaknya berjalan-jalan, ataupun beriadah di taman. Isterinya memasak untuk piknik setiap petang Ahad. Karim tidak pernah meninggalkan ibadah solat, puasa, dan zakat. Setiap hari beliau mengimamkan keluarganya solat jemaah. Karim juga seorang yang aktif dalam masyarakat, suka membantu penduduk setempat terutamanya gotong-royong dan aktiviti masyarakat.
Karim tidak pernah menolak jemputan perkahwinan rakan-rakan. Karim akan sentiasa ada bila ada yang memerlukannya. Hidup Karim bahagia. Karim anak yang soleh. Karim anak yang baik. Karim anak contoh Melayu Bumiputra.
Karim adalah impian setiap wanita Melayu pasca-moden.
Lydia adalah impian setiap lelaki Melayu pasca-moden.
Kesha,Cassandra dan Aiman Danish adalah impian setiap ibu bapa Melayu pasca-moden.

Masalahnya, apakah semua Melayu pasca moden mampu menjadi seperti keluarga Karim? 

9/13/2012

Empati Tanpa Agama

 1. Orang kata, empati adalah sesuatu yang memisahkan kita dengan psychopaths. Empati menghalang kita dari membunuh bekas teman wanita/lelaki dengan kapak meskipun mereka tipu kata mereka pergi usrah pada malam sabtu. Empati menghalang kita untuk bertekak dengan orang tua meskipun mereka terang-terang paksa kita beli nombor ekor.

2. Semasa gua kecil, apabila membaca surat khabar gua selalu tertanya kenapa ada orang bunuh anak sendiri, mak sendiri dan menjaringkan gol sendiri. Apakah mereka lupa itu anak mereka, mak mereka dan pintu gol pasukan mereka sendiri. Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan nilai-nilai keagamaan, gua membuat kesimpulan yang mereka ni tak sembahyang lalu membuat perkara seumpama tersebut.

3. Semasa tingkatan 2, gua terlibat dalam satu pertelingkahan mulut dengan seorang rakan kelas atas isu nama bapak. Adalah menakjubkan bila kita ingat balik pasal apa kita bergaduh masa sekolah dulu, bukan? Selepas berperang mulut, malam itu selepas kelas tusyen gua balas dendam dengan buang bekas penselnya jauh ke dalam hutan di belakang kelas. Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan nilai-nilai murni, gua tak lena tidur malam sehinggalah budak tu membeli bekas pensel baru. 

4. Sejak kejadian tersebut, gua mempersoalkan nilai empati diri gua. Apakah gua akan masuk neraka selepas ni? Apakah gua dah jadi jahat? Apakah selepas ni gua akan buang badan orang yang gua tak suka ke dalam hutan? 

5. Apabila menonton siri The Office, gua selalu dapat satu perasaan yang pelik setiap kali Michael Scott mula buat benda bangang yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Ianya satu perasaan pelik kerana setiap kali Michael buat benda bangang, gua akan menjauhkan muka gua dari skrin komputer dan mengeluarkan bunyi seperti orang tengah berjuang membuang air besar.

6. Perkara sama berlaku apabila gua menonton American Pie ketika adegan Jim Lavenstein dengan pai epal dan adegan Stifler dengan nenek gersang.

7. Gua sedar dengan tabiat gua ni dan mendapat jawapan dari komen Youtube, menjelaskan apa sebenarnya berlaku bila gua menonton Michael Scott dalam The Office. Ianya dipanggil empati. Gua tak mahu Michael Scott buat benda bangang tapi tak mampu berbuat apa-apa. Gua tahu komen Youtube bukanlah sumber tepat dan berkredibiliti untuk menjelaskan situasi ini, tapi gua boleh nampak logiknya di situ. 

8. Apabila empati dalam diri gua dicarik-carik ketika menonton The Office, gua rasa sangat tak selesa. Sampaikan ada satu masa, gua tak boleh tangani Michael Scott dan terpaksa tutup media player serta-merta.

9. Bagi gua, empati adalah penanda aras tahap moral seseorang. Tak kisahlah seseorang itu beragama Islam atau menganut kepercayaan aninisme yang menyembah plastik Maggi atau apa-apa sahaja, selagi dia ada empathy dia akan berada di bawah kawalan moral dalamannya.

10. Bagi gua, Tina Fey yang pernah mengaku pegangan agamanya hanyalah melakukan apa yang Oprah suruh merupakan seorang manusia yang baik berbanding dengan mereka yang mengaku beragama tapi membunuh orang awam atas nama agama.

Sijil sijil


Gua mendail nombor telefon yang tertera di iklan. Hajat gua mahu menambah duit sikit-sikit. Kot-kot kalau kumpul, boleh lepas nak upgrade motor. Tak lama mendail, panggilan gua dijawab oleh seorang lelaki.

Perbualan gua dengan lelaki itu sekejap sahaja. "Nanti saya call awak semula..". Itu yang diberitahu kepada gua selepas gua mengaku terus terang yang gua bukan budak TESL. Syarat kerja sambilan tersebut ada menyatakan kelebihan kepada budak TESL. 

Sejurus gua menamatkan panggilan, gua dah tahu apa nasib gua. Gua takkan dapat kerja bodoh tu. Mentang-mentang lah gua bukan budak TESL, gua terus dicop tak layak untuk kerja menterjemah tersebut. Budak yang tak ambil TESL terus dicop tak pandai English. Budak TESL semuanya bagus-bagus English nya. 

Kalau dia test gua dan memang terbukti gua tak boleh nak menterjemah, boleh jugaklah gua nak terima. Tapi kalau di-reject berdasarkan sijil semata-mata, memang gua rasa dia bodoh. 

***

Pada musim pertama The Apprentice (US version yang ada Donald Trump tu), gua ada peserta favorite. Namanya Troy McClain, seorang broker hartanah. Gua minat personalitinya yang gua rasa ada dekat-dekat dengan gua punya personaliti. A bold risk taker, a good team player and an eternal optimist. Keh keh keh.

Troy bertahan sehingga di minggu ke-13. Dua minggu sebelum finale. Di minggu ke-13, Troy dipecat oleh si tua kutuk Donald Trump kerana Troy hanya mempunyai diploma sekolah tinggi - satu kelayakan yang sangat rendah jika nak dibandingkan dengan dua orang pesaingnya yang masing-masing mempunyai ijazah dariHarvard Business School dan Princeton University.

A high school graduate? Bertahan sampai minggu 13 dalam banyak-banyak lulusan universiti? You gotta give him some credits!

Sejak dari episod tu, Donald Trump menduduki no.6 dalam senarai orang yang paling gua benci.
***

Zaman sekarang ni, ramai orang belajar dengan niat yang salah. Asal ada PhD dan Master degree, mula lah buat perangai celakanya. Pendapat lepasan sekolah dan kolej komuniti langsung dibangkangnya. Budak Giat Mara yang bekerja di bengkel dikatanya budak hisap dadah, mat rempit.

Yang belajar agama sampai ke Mesir sana, mula lah dengan perangai tipikal serbanitas nya. Orang dengar Black Sabbath dikatanya sembah setan. Bila orang quote dari Kurt Cobain, dikatanya bertuhankan muzik dan hedonisme. Jumpa hipster yang pakai gelang spike, terus dicopnya masuk neraka.

Gemuk terus dicop tak cantik. Tak berkereta terus dicop miskin. Tak pakai tudung terus dicop masuk neraka. Tak ada ijazah terus dicop tak berkelayakan. Hitam terus dicop tak kacak. Follower tak ramai terus dicop blog tak best. Kena buang sekolah terus dicop jahat.

Don't you think we live in a superficial world?

9/11/2012

50-50

Jokulsarlon, moga suatu hari nanti aku dapat jejakkan kaki ke sini

Kalau nak dikira rezeki yang Tuhan beri pada manusia sebenarnya tak terkira nilainya. Kau boleh makan, kau boleh melihat, kau ada laptop. Itu semua rezeki di dunia. Kau ada makwe, kau ada orang sayang, kau ada kerja, kau ada duit walaupun tak banyak, pun sama dikira rezeki.

Jadi, bila ada orang cakap kat aku yang dia nak kejar 50 akhirat, 50 dunia. Aku rasa ini menjengkelkan. Aku rasa siapa-siapa yang berpegang dengan gaya kejar akhirat-dunia sama-rata iaini dengan tafsiran 50 akhirat dan 50 dunia adalah orang yang bila-bila masa boleh menjadi tamak.

Atau, orang yang riak.

Kan aku sudah cakap tadi. Rezeki dan nikmat dunia yang kau ada sekarang, termasuk kau bernyawa dan bernafas sudah cukup tak ternilai. Seharusnya keseimbangan akhirat-dunia yang patut kita bahagikan mestilah adil. 50-50 adalah sama rata. Ia seperti kau melawan Tuhan atau ingin sama level dengan Tuhan atau mahu berlagak seakan Tuhan.

Pembahagian adil berapa nilainya? Aku tetapkan atau cadangkan 90 untuk akhirat, 10 untuk dunia. Ya, 10 saja untuk dunia. Lagipun Tuhan sudah berfirman dalam Al-Quran tentang kurnia rezeki yang diberi pada manusia sangat besar nikmatnya. 10 itu nampak kecil, tapi besar nikmatnya. Segala nikmat dari kau bernyawa, kau ada duit, kereta, kerja, anak bini dan sebagainya adalah rezeki dari 10 itu. Syukurilah. Jangan tamak. 

Macam juga tentang ilmu. Kau rasa kalau tengok ada orang lain ada Phd, dah belajar sampai tahap ulamak lah konon-nya maka dia dah power dan banyak ilmu semua benda dia tahu. Padahal Tuhan dah berfirman ilmu yang ada kat dunia ini nilai dia cuma setitik dari seluruh lautan. Tapi, setitik ilmu itu sendiri sudah cukup besar nikmat kurnia nya. Jadi, jangan rasa berlagak sangat kalau ada ilmu lebih sikit dari orang lain. Kongsi lah dengan sepakat. Bukan kongsi bagai cari musuh.

Kalau kau nampak ada orang lebih kaya dan lebih rezeki dari kau. Jangan kau rasa tidak adil. Paling tidak orang itu mungkin dapat 12-15 rezeki kurnia saja. Setakat beza 2-5 mata apa lah sangat. Kalau kau nak, kau boleh berusaha lebih.

Sekali lagi aku nak ingatkan. Tolong buang persepsi cari keseimbangan akhirat dan dunia 50-50. Ini tidak adil, ini tidak adil bagi-Nya. 

90-10 lebih elok. Ok? Sekian, chalo asalamualaikum.

p/s: 90 akhirat itu ibadah. Apa yang aku tulis, dan kau baca juga ibadah. Ibadah itu luas cara perbuatannya.

9/05/2012

Apa itu kahwin?




Saat yang paling menakutkan/menggembirakan?Sepatutnya apa?

Sebagai seorang lelaki, akan tiba satu masa detik ini akan tiba. Dan vibe kahwin ni sudah mula dirasai oleh aku setelah kawan-kawan yang sunat bersama-sama dengan aku sudah mula serius berbincang tentang perkara paling serius yang lelaki akan berbincang,jauh lebih serius daripada Manchester United menentang Barcelona pada final Champions League,jauh lebih serius dari politik Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim mahupun situasi semasa di Perak,bahkan jauh lebih serius dari ancaman selsema babi.

Kahwin.

Sebagai manusia yang berusia hampir suku abad,dan dalam wallet cuma tinggal RM20.00,ini adalah tekanan.Ini adalah satu perkara yang amat memeningkan kepala.Ini  sangat serius, lebih serius dan tekanan lagi apabila kawan-kawan seracing basikal dahulu sudah mula membawa anak dan menunjuk-nunjuk ke muka aku sambil berkata "tu Uncle Aiman. salam. salam", ditambah pula member-member bercerita tentang khusus kahwin dan hotel mana nak dibooking menjelang hari bahagia.

Satu soalan paling kontroversi:
Kenapa kita perlu berkahwin?

Jawapannya:Untuk memenuhi fitrah manusia yang mahukan seks.Ini hakikat.Sigmund Freud mengatakan ini dalam istilah saintifik dipanggil sebagai 'libido',iaitu kemahuan paling dalam dan tersembunyi dalam diri manusia yang dipanggil 'id'.Pemikiran manusia secara dasarnya dibahagi kepada tiga:Id,ego dan super-ego.

Id adalah kehendak yang paling asas seperti makan,minum,pergi jumpa Encik Tan untuk pelaburan*(ini ke tandas),dan seks juga tidak terkecuali.Seks adalah satu aktiviti pembiakan kalau dalam bahasa saintifik,untuk terus mengekalkan speisis untuk terus berkembang.Dalam kes kita,homo-sapiens.

Ego adalah peraturan yang kita sendiri cipta untuk mengawal kemahuan id kita.Ini seperti prinsip hidup dan kepercayaan diri sendiri.Manakala super-ego adalah undang-undang yang dicipta oleh negara atau agama atau adat untuk mengawal kemahuan id kita.

Jadi dalam kes seks,itu adalah id kita,dan super-ego(agama) melarang kita melakukan seks kecuali apabila berkahwin.Manakala ego kita pula ialah kita malu kalau masyarakat tahu yang kita lakukan seks sebelum kahwin.

Jadi,cuba kita lihat realiti kita disekeliling:kenapa orang suka buat seks sebelum berkahwin?

Golongan agama dan moralis akan terus membuka mulut dan mengkritik,macam biasalah,ayat-ayat KBSM seperti "kerana tidak mampu menahan hawa nafsu sendiri" "kerana pengaruh Barat dan kawan-kawan" dan sebagainya.

Tapi,hakikatnya sekarang adalah
 KAHWIN ITU SESUATU YANG PRIVILAGE.KAHWIN SEKARANG ADALAH MAHAL.Kadang-kadang orang berkahwin untuk menunjuk-nunjuk yang dia ada harta.Satu perkara yang menakutkan,terutamanya lelaki adalah HANTARAN KAHWIN.Menurut kata rakan aku hantaran harga terlatest adalah lebih kurang RM12,000.Bagi mat rempit dan penganggur,mana nak cekau RM12,000 untuk kahwin?Tapi semua manusia ada nafsu kan?

Jadi,mereka pergilah ke tepi semak atau hotel Ah Cheong untuk memuaskan kehendak libido.

Isu kat sini sangat serius.Inflasi harga untuk berkahwin ialah satu penafian hak kepada si miskin untuk nafsu libidonya.Hantaran atau bahasa PPSMInya 'dowry' adalah undang-undang adat yang menafikan hak si miskin untuk berkahwin.Ya,mungkin akan keluar statement dari golongan pemikiran konservatif "kalau tak diberi hantaran macam mana nak yakin untuk bagi anak dara orang kat dia",tapi kalau macam tu,dah namanya orang muda,mana ada duit? Kecualilah kalau dia boleh bermain bola seperti Cristiano Ronaldo,atau dia anak Tan Sri atau Dato' seperti cerita Samarinda,atau dia merompak bank.

Persediaan kahwin bukanlah senang.Tapi kalaulah manusia diajar adat dengan harta benda,tak ke manusia itu akan bersifat materialistik,salah satu unsur penguntungan kapitalisme?

Now,hantaran ini menakut-nakutkan orang muda untuk berkahwin.Ini hakikat.Semua orang mahu berpacaran atau bercinta-cintaan,sebab ini naluri manusia.Homo-sapiens bukan speisis aseks yang boleh membiak sendiri macam micro-organisma.Ini naluri manusia.

Tapi apabila naluri manusia pun nak diniagakan,nak dikapitaliskan,apa yang tinggal lagi untuk manusia?

Jadi pihak JAKIM atau badan berkanun agama menambah-menyusahkan lagi orang muda untuk berkahwin.Untuk berkahwin kena pergi kursus kahwin,alasannya untuk mengajar lelaki dan perempuan bagaimana untuk menjadi suami isteri yang bahagia dan mithali.Poodah,ini business kontraktor kelas F.Semua kursus kahwin adalah milik syarikat persendirian atau penswastaan.Takat baca buku agama 2-3 ketul,nko nak bukak business.Satu kursus kahwin berharga RM80(
sumber didapati di Zura's Akademik),ada berapa juta manusia yang nak berkahwin sekarang?Bak kata member aku,jemputan kahwin member-member dia seminggu ni je ada 6 orang.Maknanya ramai la nak kahwin.

Jadi apabila kursus kahwin pun diswasta-kapitaliskan,lepas tu hantaran adat yang dah memang materialistik-kapitalis,dah memang bersifat materialistik,nko ingat budak baru grade macam aku ni mana nak cekau RM12,000 untuk hantaran?Mana nak cekau lagi RM20,000 untuk jamuan?Nak cari rumah baru,kereta baru(sebab kalau pakai kereta lama mak mentua tak yakin),lepas tu mana nak beli perabot baru?

Biasa orang grade umur 23-25 tahun.Standard kahwin 27-30 tahun(ini standard lelaki).Jadi 5 tahun,dengan baru grade,terkedek-kedek nak cari yang stable,gaji standard RM1,800.Setahun RM21,600.Tapi takkan bodoh-bodoh RM21,600 menyimpan.Nak bayar sewa.Nak bayar kereta,tol,minyak,makan,minum,belanja tunang tengok wayang,lepas tu pulak kot-kot kereta rosak,sewa rumah.

Agak-agak berapa duit yang kita tinggal?

Ada member aku lagi best.Solutionnya pinjam duit kat bank untuk kahwin.Pada aku baik nko pinjam kat ah long sebab bank ni ah long berneck-tie dan beroffice.Bank ini ah long yang disokong kerajaan kapitalis.

Sebab tu bila dah habis study,terus jadi hamba kapitalis.Kerja-kerja lepas tu bayar gedebak-gedebuk,nak kahwin pun susah.

Jadi,apa purpose hantaran kahwin ni?Nak suruh si lelaki serius jaga si perempuan?Satu impressi yang anak perempuan takkan makan pasir?Makcik Bedah,sebab nak hantar hantaran lah si lelaki berhutang bank,keliling pinggang.Si isteri pulak baru nampak baju fesyen Diana Danielle atau Rozita Che Wan yang terlatest,nak beli.Kalau tak "abang tido luar".Suami sayangkan isteri terpaksalah cari duit.Kalau ada sijil takpe,yang takat SPM tu takkan tak kahwin pulak?

Kerja overtime la.Tapi bila balik lambat,si isteri kata ada skandal,ada pasang lain.Mana lelaki tak tension,dah la penat,lepas tu kerja macam nak mati,tengah jalan si kapitalis tol dah rompak,kapitalis minyak petrol dah rompak,sampai bil air bil elektrik kena bayar.Bini nak baju Diana Danielle.Lepas tu kerja overtime nak bayar semua,bini kata ada skandal.

Bercerailah sebab banyak bergaduh.Lepas tu pulak,dah bercerai,dituduhlah lelaki tak bertanggungjawab lah,apa lah.

Jangan salahkan lelaki.Salahkan benda-benda mengarut macam hantaran dan kursus kahwin ni.Seks adalah hak manusia.Jadi kalau tak nak semua manusia lakukan perkara yang terlarang iaitu zina(seks sebelum berkahwin),ini patut dilakukan oleh seluruh masyarakat.

1.Hapuskan hantaran.Hantaran membuang duit dan menyusahkan.

2.Hapuskan kursus kahwin.Mereka ini menangguk di air keruh.Kalau nak kahwin kena bayar itu bayar ini,ini business.Mereka menjual agama untuk kekayaan mereka.Sejarah membuktikan orang zaman dulu tak payah pergi kursus kahwin tapi boleh hidup aman damai berbanding sekarang.Lagi banyak bercerai.Masih ingat lagi Norman Hakim dan Abby Abadi ke kursus kahwin,punyalah kecoh.Last-last apa jadi?

3.Kahwin itu adalah lesen untuk melakukan seks.Seks adalah hak manusia.Aku tak pulak kata sokong seks sebelum kahwin,tapi kalau kita kena kahwin untuk seks,kahwin itu hendaklah tidak membebankan.Orang kaya orang miskin pun boleh kahwin.

4.Tak perlu jamuan sampai RM20,000.Tak perlu tempah hotel.Kalau nak kahwin,jemput saudara dan member terdekat je.Tak perlu make-up artist dan photographer yang nak berbusiness dan berfikiran kapitalis ini.

5.Jangan advertisekan dalam Nona perkahwinan Dato' ini anak Tan Sri itu atau artis-artis.Ini akan menyebabkan orang mahu terikut-ikut,lalu membeli barangan yang mahal-mahal.

6.Simple.
Jangan niagakan agama.Jangan niagakan libido.Jangan niagakan cinta.Ini yang paling penting.

Kalau tak,kita akan melihat lebih ramai lagi akan melakukan seks sebelum berkahwin.Kena terima hakikat ini adalah kehendak manusia.Orang miskin pun manusia jugak.Mat rempit pun manusia jugak.
Piramid Maslow mengatakan seks termasuk dalam kehendak asas manusia(termasuk makan,minum,bernafas,tidur,membuang air kecil dan besar etc.),jadi kalau hak ini pun nak diniagakan,apa yang tinggal untuk manusia?

Sebab tu ada member aku pernah berkata:

"Buat apa kahwin?Menyusahkan badan je.Takat nak itu,pergi belakang Chow Kit boleh dapat."

Ada sesiapa nak bagi pen
dapat lain?

9/03/2012

Undang undang yang kelakar ada kat Universiti Di Malaysia



Gua dah tak boleh tahan dengan undang undang dekat universiti ni yang buat gua gelak tiap tiap hari. Jadi dengan penuh semangat dan istiqamahnya gua menulis mengikut particular order secara random.

#1 - Necktie supaya nampak korporat.

Necktie ni sebenarnya datang dari raja Croatia yang tak nak pakai scarf.Orang zaman dulu pakai scarf - untuk mengelakkan angin sejuk dari masuk ke dalam badan.Jadi dipakailah scarf dan kemudiannya datang menjadi evolusi menjadi tie.

Masa gua kat UK dulu - gua ada singgah kat Debenhams - nak beli tie untuk kenang-kenangan,sekali gua kena sound tepek dengan member gua Bob - "what the hell you want to wear that?"

Gua letak balik instead gua beli benda lain.By the way,kalau raja Croatia pakai tie sebab nak elak angin sejuk masuk badan,Malaysia yang iklim Khatulistiwa ni apa kejadahnya pulak?Nak masuk angin monsun?

LOL.Bab macam ni nak tiru orang putih - bab-bab budaya tak suka membungkus makanan yang orang putih buat tak nak pulak tiru?

Gua syak tie universiti adalah projek kontrak geng-geng kroni - sebab tu wajib dibeli.

#2 - Dilarang Masak Dalam Dorm.

Ini law yang bodoh.Serius gua tak faham - kenapa tak boleh masak dalam dorm?Apakah takut kebakaran atau apa?Gua bukan bercerita tentang masak rendang atau masak lemang kat dalam dorm.Gua bercerita tentang lauk yang simple - telur goreng,atau ikan bilis goreng.Apa kes nak outlaw benda-benda ni?

Takut terbakar kolej?Peh - macam tu baik outlawkan je Penunu Bunsen.Terbakar gak.Takde la gua maksudkan nak masak - kena bawak tong gas Petronas 25 kilo yang biasa lu nampak kat kedai tu.Portable boleh apa.Dan gua selama gua masak pakai portable gas stove tu,belum pernah lagi berlaku kecelakaan - gua rasa lagi selamat gua memasak dari melintas jalan raya - even dalam kampus sendiri.Gua pernah kena langgar dan cedera dalam kampus,tapi gua belum pernah lagi cedera akibat menggunakan portable gas stove.

Baik outlawkan kereta je kalau nak fikir soal keselamatan,tak gitu?

In the end,kafe-kafe kat universiti tu semua kebanyakannya ada cable dengan kroni-kroni dalam universiti.Period.

#3 - Dilarang Keluar Selepas Pukul 12.

Aku tak tau la kalau korang ni sejenis anak mak - lepas maghrib dah ada kat rumah dan tak keluar-keluar,tapi hari gua bermula jam 12.Pukul 12 baru nak rancak melepak dan berpeleseran.Pukul 12 masih terlalu awal untuk berjimba-jimba.Jadi bagi pihak universiti yang kunci pintu pagar jam 12 ni - sama ada tak pernah jadi anak muda,atau zaman anak muda dia duduk bawah ketiak mak.Woit,gua seawal usia 8 tahun pun gua lepak kedai burger sampai 4 pagi belajar lagu Nirvana.Rilek la - gua bukan budak kecik nak tido-tido awal ni.Tak bujang langsung!

Champions League start pukul 3 pagi.Kebanyakan game La Liga start pukul 2-3 pagi.EPL banyak game start pukul 11.Awek cun balik dari club pukul 1 pagi.Melepas semua ni - melepaslah zaman remaja.Gua tak nak bila tua menyesal buang masa buang zaman muda - lepas tu buang tebiat kat kelab dangdut.

#4 - Dilarang Memakai Seluar Jeans.

OK yang ni gua betul-betul tak faham.Gua cuba mentelaah dalam kitab-kitab suci - sama ada dari al-Quran,Bible,Yajur Veda,atau apa-apa ajelah buku sekalipun - gua rasa tak pernah pun ada sabda berkata seluar jeans ni harom.Seluar jeans adalah seluar yang takkan lapuk dek zaman.Seluar Yankee popular zaman Pop Yeh-Yeh tapi lepas tu mati,seluar pattern bunga sangat cool zaman Flower Power atau hippies lepas tu tak lagi dah,seluar bell bottom cool zaman Grease zaman John Travolta dan Olivia Newton John,sekarang haram orang nak memakainya.But jeans last forever.Dari zaman Perang Saudara Amerika berakhir sampai sekarang jeans tak pernah luput.Jeans sentiasa cool - bahkan gua rasa jeans memang sebati dengan anak muda yang ranggi - mereka yang berjiwa lasak,cool,trendy dan macho.Mengharamkan jeans bermakna mengharamkan anak muda menjadi cool.Mengharamkan anak muda untuk menjadi cool bermakna adalah satu usaha daulah untuk mempatternkan fikiran anak muda untuk terus ikut dengan arus yang dibuat oleh mereka.

Cheh - semua pun nak kena ikut dorang ke?

#5 - Dilarang Memakai Selipar Jepun ketika dalam kuliah.

Satu aku nak tanya,apa kewajarannya?Apakah di dalam bilik darjah ada lintah dan pacat untuk mengelakkan diri dari digigit?Kenapa?Tim kai yah?Warum?Pour quoi?Porque?Why why why?

Jawapannya untuk menampakkan kekemasan.Dude,gua rasa ini bukan kelas fesyen.Kelas - lantaklah nak pakai ape pun,asal kau dengar labon lecturer,bukan pakai kaki.Aku lagi selesa pergi kuliah pakai selipar.

#6 - Dilarang Memakai Baju Round Neck di Dalam Universiti(Termasuk Dalam Bilik??)

OK - sebagai penduduk negara Islam yang amat bencikan sekularisme serta menganggap kepala lutut adalah aurat untuk tidak dilihat oleh mata orang awam,gua escapekan sahaja seluar pendek.But round-neck??

Gua sekali kena dekat UiTM.Gua tengah best-best hidai baju kat ampaian - tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku.Siapalah agaknya.Tiba-tiba pak guard.Keluar saman.Sebab gua tak mengikut sahsiah rupa diri.Cibs - biar betul - gua dengan kain pelekat,dengan tuala atas badan,nak pergi mandi,pun kena saman.

Gua tak tau ini percubaan 'cari makan' oleh pak guard - macam polis yang suka susun kon tepi jalan - ini adalah taktik untuk mereka mendapat sumber ekonomi ugut-mengugut mereka - menggunakan ketakutan sebagai bahan menjaja untuk mendapat keuntungan.

Siapa cakap takut tak boleh diniagakan?Gua panggil nama glamer mat paw ni "peniaga yang meniaga ketakutan".Dia jual ketakutan kepada orang awam untuk dapatkan keuntungan.

#7 - Dilarang Berdua-duaan bersama Wanita di Kafe pada Waktu Malam.

OK,sebagai penduduk di sebuah negara Islam yang anti kepada golongan sekularist serta meletakkan akidah dan akhlak sebagai dasar panduan kepada rakyat,gua faham law ni sangat-sangat.OK la.Tapi dia kata,berdua-duaan,kan?Kalau bertiga-tigaan macam mana?Berempat-empatan?Berlapan-lapanan?Boleh tak?After all,threesomes and group-sex is quite fun tho.One-by-one sex is already be too common beb.Rempit sekarang mana main sorang-sorang - dorang main Bangbros style - main gangbang.

"Celaka kamu Aiman,kamu kafir laknatulooohhh!" - tengok,gua baru cakap sikit dah ada orang sound kat Formspring.Harap maaf,gua tak ambik Pendidikan Moral masa kat sekolah.Gua tak belajar moral.Harap dimaafkan.

Macam tu - gua boleh duduk berdua-duaan dengan lelaki je la?OK ek,lu orang takde kata mende eh?Tapi apasal kes liwat Anwar Ibrahim lu orang kecoh?Duduk dengan perempuan tak boleh - duduk dengan lelaki lah.Kalau duduk dua orang lelaki gua nak 'lawan pedang' ke,'i help you you help me' ke,apa ke - lu orang tak pernah cakap "dilarang duduk berdua-duaan sesama lelaki".Ke memang tak boleh duduk dua orang?

LOL!

#8 - Dilarang Berpolitik.

OK,gua non-partisan.Gua puak tak berbaris atau berpakat.Buat masa ni belum ada mana-mana pihak yang bayar gua untuk jadi agen provocateur atau agen propaganda.Tapi gua rasa - definisi politik sebenarnya luas.Bagi orang yang suka panjat pagar kat sekolah,kaki ponteng dan kaki hisap rokok macam gua - gua rasa politik ni jauh lagi besar dari berbaris atau berpakat.Menyokong Barcelona sambil menghanjing Cristiano Ronaldo sedang cengeng adalah perbuatan politik.Menyokong Manchester United sambil menggelakkan perbuatan Steven Gerrard mencium lensa kamera juga adalah perbuatan politik.Manusia secara fitrahnya berpolitik.Bercinta itu juga politik.Menghormati orang tua juga adalah politik.Politik dalam bahasa Greek kuno bermaksud ilmu bermasyarakat.

Kalau dilarang berpolitik,nak jadi apa?Pokok?

Cakaplah dengan terang - dilarang sokong Pakatan Rakyat.Kan clear.Tak payah pusing-pusing.

#9 - Diwajibkan untuk Menyertai Ko-Kurikulum Beruniform.

Semalam ada member gua budak Kesatria sound gua - sebab gua ada tulis dalam entry gua semalam "Ada yang skema dan mamat Belia 4B belia pelapis negara ada hal pagi-pagi - buat kerja bodoh jalan-jalan hentak kaki pagi-pagi" dan dia tiba-tiba tulis kat inbox gua tadi,

"salam,saya adalah peminat setia pembaca blog tuan. tapi saya adalah seorang anggota kesatria.kenyataan tuan sangat menghina saya.hinakah saya menjadi seorang anggota palapes yang berniat mempertahankan negara" dan bebelan panjang lagi.

Simple.Gua ada 7 hari seminggu - dan pada hari pertama lu cuti lu diwajibkan untuk berjalan hentak kaki di waktu pagi - duh,kenapa berjalan hentak kaki?Orang Korea Utara buat jalan bodoh macam tu lu pun nak ikut ke?

By the way,kalau benda ni tak diwajibkan - konfirm takde anak muda nak pakai baju beruniform.Kalau ada pun - tu gua tak boleh explain la.

First of all,lu berniat mempertahankan negara - tapi macam mana lu nak mempertahankan negara kalau diri sendiri pun tak boleh dipertahankan?Hak-hak sivil lu sebagai seorang rakyat,ditakut-takutkan,dikecil-kecilkan - yang tu lu tak nak pertahankan pulak?Anyway,jangan quote John F Kennedy "jangan tanya apa yang negara buat kepada anda tapi apa yang anda buat untuk negara".Jalan hentak-hentak kaki untuk mempertahankan negara?Nice one.

Gua harap dengan hentakan kaki lu tu boleh bikin meletup B2 Spirit atau F-117 Nighthawk.Semoga berjaya.

Cakap je la lu nak sijil dan kupon untuk stay asrama - ni kes UiTM by the way.Kalau tak masuk PALAPES - wajib masuk Kesatria Negara.Peh.

#10 - Semua diwajibkan masuk Kesatria - kalau tak,tak boleh grade.

HA HA HAH HAHAHA HAH HAHAHAHAH AHAHAHA HAAH HAHAHA

Cakap je la nak brainwash otak student.Aku tak nampak kepentingan Kesat ini dalam meningkatkan intelektual serta meningkatkan daya pemikiran pelajar.Gua rasa kem ni perabih duit rakyat dengan suruh nyanyi lagu Anak Kecil Main Api.Mak gua masa gua kecik marah gua main api - nanti terbakar rumah.Anyway,masa gua kena Kesat dulu - kem gua jauh dari penempatan orang - masuk dalam hutan kebun getah dalam-dalam.Serius gua kadang-kadang rasa macam masuk Auschwitz pulak.

Gua kadang-kadang bertanya,tidakkah student-student IPTA tempatan ni pernah fikir - geng-geng yang study oversea tak pulak kena Kesat - dorang boleh bereksperimen matapelajaran biologi dengan teman semakmal berbangsa Irish di atas katil?Dorang boleh pergi yamseng sampai pagi,dorang boleh tak nak pakai necktie disebuah negara yang patut pakai necktie,dorang boleh masak dalam dorm dan terus mencuba resipi-resipi sesama roommate untuk menikmati juadah makanan,dorang boleh je pakai baju round-neck tanpa ada masalah untuk takut disaman,mereka tidak pernah berjalan hentak kaki untuk Askar Diraja Britain atau Marine Corps Amerika - and I keep on wondering,despite macam-macam law-law hampeh dan kadang-kadang bodoh dan mengarut - tapi dorang tetap bersyukur dan berkata "kami bangga dalam Apex University" atau "universiti kami setaraf Oxford kerana yuran kami setaraf Oxford" bla bla bla.

Gua sampai satu tahap berfikir,mahasiswa kita yang ada pada hari ni - berfikir ke tak?Undang-undang - bagi gua - perlu diwujud untuk kepentingan orang ramai,bukan kerana untuk menunjuk kuasa.Undang-undang perlu dipersetujui oleh orang ramai dengan rela hati - bukan untuk ditakut-takutkan.Polis dan pak guard - tugasnya melindungi orang bukan menakutkan orang.Undang-undang yang tak relevan dengan pelajar haruslah dilawan.Pelajar yang harus menghadapi undang-undang,jadi pelajar ada hak untuk mendebatkannya.

Dan kalau inilah trend berterusan - gua percaya - satu hari nanti universiti yang menjadi bakal graduan - hanya tahu susun syiling tertinggi,membakar lemang tertinggi,memasak kek terbesar dan akhirnya,masak tak reti,bersosial tak reti,berpolitik tak reti,bergaya tak reti,bersenggama pun tak reti,semua benda pun tak reti.Apa yang dia reti?

"Kami bangga menjadi pelajar universiti di Malaysia".Peh - reti bangga tak bertempat.Tu je la gua boleh cakap.

p/s:Fuck you I won't do what you tell me! - Zach de la Rocha.

Ujang : Suatu ketika Dahulu


Aku teringat masa zaman-zaman aku muda-muda dulu - setiap bulan keluar satu komik yang dipanggil Ujang.Gila-Gila masa tu sudah mula senyap - especially bila pelukis tonggaknya yang terkenal dengan cerita "Aku Budak Minang",Ujang - menerbitkan komik sendiri yang bernama "Ujang".

Aku teringat cerita-cerita yang menghanjingkan nama negara seperti "Asal Usul Nama Negara Thailand" yang mengisahkan tali leher Mazlan(tie-Lan),Perancis(Perang-chish) dan banyak lagi asal usul nama yang akhirnya menjadikan jalan cerita yang macam celaka kelakarnya.

Bagi aku - komik ini yang aku membesar bersama.Komik ini yang membentuk peribadi ramai generasi X dan Y yang ada sekarang ni.

Selepas kematian Kurt Cobain - remaja semua hilang punca.Ada yang dah takde idola dan ada yang putus harapan.Bagi situasi di Malaysia,kematian Kurt Cobain tidak memberi effect yang seteruk di US - sebab aku selalu cakap - Malaysia lambat pickup.Grunge naik di Malaysia sekitar tahun 1996-97 - yang betul-betul naik walaupun Kurt Cobain mati tahun 1994.

Dan masa itu - Ujang pun mula timbul.Welcome to joke scene,brother.

Di Malaysia,lawak Daud Suratman(David Letterman) dan lawak Jay Leno,Jerry Seinfield dan lain-lain tidak lagi popular.Lawak yang ada adalah seperti lawak slapstik AR Badol,Hamid Gurkha atau Os.Orang tergelak kerana imej dan personaliti lawak,bukan kerana satu tahap level lawak yang dipanggil "intellectual joke" atau bahasa yang lebih ringkas - sarkastik.

Lawak jenis slapstik berakhir di USA bila si Charlie Chaplin tidak lagi menjadi pilihan,bila TV sudah dikeluarkan dengan bunyi.Lawak Charlie Chaplin,walaupun bersikap slapstik dan ala-ala lawak Three Stooges,tapi masih lagi menerapkan unsur sarkastik seperti "The Great Dictator" yang mengsarkastikkan Adolf Hitler.

Di Malaysia - lawak jenis intellectual masih tak timbul-timbul sampai sekarang - mungkin Nabil tapi aku tak rasa dia boleh beat dari sudut "intellectual jokes" macam Daud Suratman atau Jay Leno lagi.Atau Conan O Brien.Macam aku cakap - hidup ini berproses.Malaysia lambat pickup.Lawak jenis Senario hanya popular sekitar tahun 1996-1998 sehinggalah mereka buat filem Senario The Movie,Senario Lagi,Lagi-Lagi Senario,Balik-Balik Senario,Dah Takde Lawak Lain Ke Senario? dan macam-macam lagi.Sebelum dibodohkan lagi lawak dengan Mami Jarum,Mama Jarum,Papa Jarum,Jenjarom,Jarom-Jaroman,Jarum Suntikan dan Adnan Sempit,Semput dan Sengkek.(bosanlah filem lawak Malaysia ni!)

Ujang menjadi pilihan rakyat Malaysia sekitar tahun 1994 - bila Bahasa Melayu(atau Malaysia,pilih saja antara satu) menjadi skema di bawah arahan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu,Anwar Ibrahim.Keskemaan Bahasa Melayu pada ketika itu terlalu kronik sehinggakan anak muda tak tau nak cakap macam mana untuk menggambarkan yang dia seorang Melayu.Maka Ujang memberi satu gaya bahasa alternatif - bahasa Ujang.Maka anak muda yang semestinya membenci slang bahasa baku memilih Ujang sebagai kamus rujukan tatabahasa mereka untuk berborak dengan kawan yang lain.Orang yang tidak menggunakan bahasa Ujang dilihat sebagai warga asing.Untuk menjadi Melayu pada ketika itu - wajib guna bahasa Ujang(untuk anak muda).

Maka - bermula satu perjalanan penuh epik sebuah komik anti-establishment bahasa skema Anwar Ibrahim - Ujang.Sejak itu Lawak Antarabangsa menjadi cool.Kisah cerita dengan rock-kapak flavored dari Gayour - Bersama Selamanya menjadi satu cerita yang ramai follower.Kisah Mat Despatch dua ringgit yang sentiasa membuli bosnya dianggap satu mamat yang cool - seorang proletariat yang suka membodohkan bosnya,kisah hantu si Bawang yang akhirnya jadi lawak,Bas mini Bijan yang kini menjadi kenangan(aku berani bet 99 peratus anak muda KL yang berusia 18 tahun ke bawah tidak kenal bas mini warna pink yang dahulu meronda di KL).

Aaahh Ao,am mula bersandarkan pada kenangan.Tapi hey - ini bukan sandarkan pada kenangan.Ini cuma cerita tentang Ujang pada masa dahulu.Ujang yang cool dan selalu anak muda miss walaupun hujung bulan hanya makan megi dan nasi lauk kicap - tapi Ujang tak pernah miss.Ni pengalaman aku duduk dengan brader sepupu grunge aku - ini hidup mereka.Mereka yang bekerja kilang gaji RM500 - tapi tak pernah miss komik yang berharga RM3.00(pada masa tu) ni.

Ujang jadi bertambah meletup bila Din Beramboi,hero utama dalam cerita Ujang ni - mengeluarkan "album" yang dipanggil Din Beramboi live at Radio Seremban - tentang lawak-lawak yang dikeluarkan dari konti radio.Setiap kali aku dengar Din Beramboi live in Radio Seremban - aku teringat DJ Ismahalil Hamzah - DJ terhebat di muka bumi.

Aaaahh - bersandarkan pada kenangan lagi.

Ada satu masa mengikut ABC(Audit Bureau of Circulation) - Ujang menduduki tangga teratas menewaskan majalah lain seperti Mangga,URTV dan Al-Islam serta Mastika dengan 500,000 naskhah dalam kategori majalah bulanan.Di tempat kedua - jangan terkejut - it was ROTTW.Bayangkan betapa bestnya anak muda pada ketika itu.

Antara elemen yang menjadikan Ujang best gila - bila seorang mamat cool bernama Aie melukis komik yang bertajuk "Blues Untuk Aku".Bila Blues Untuk Aku mula keluar di Ujang - jualan Ujang melonjak dua kali ganda dari sebelumnya.Dah cool bertambah-tambah cool.Kisah tentang seorang orang biasa yang bernama Sahak dengan kawan baik a.k.a. teman serumah Yon dan awek cun bernama Jessica.Tetapi Bersama Selamanya dan Mat Despatch juga cool.Begitu juga dengan Bas Mini si Bijan.Pelukis-pelukis seperti Gayour,Aie,Bijan,Bawang,dan speisis-speisis tumbuh-tumbuhan lain serta Nik - Murahguru Tandoori Payat - kisah mapley yang sangat dekat dengan masyarakat Malaysia,sememangnya dekat dengan jiwa anak muda.

Bila semua ini berakhir?

Bila ia ditakeover oleh seorang yang bernama MOY.Aku tak tau apa kisah dalam office - tapi MOY yang berpangkat Datuk ini seterusnya menyebabkan Ujang menurun dari segi kualitinya.Hal ini bertambah teruk bila Aie keluar dari Ujang pada sekitar 2001 dan seterusnya membuat komik-novel sendiri yang bertajuk Aku Dan Sesuatu.Blues Untuk Aku akhirnya menjadi satu cerita yang hambar kerana ia bukan datang dari brader Aie.

Sejak itu Ujang menjadi komik yang hambar,mungkin Apo? lebih baik dari segi sarkastik dan jiwa anak muda.Ditambah pula dengan Pak Lebai Kopiah yang mula enterframe di setiap ruang di dalam Ujang.Ini membosankan anak muda.

Ditambah pula dengan serangan Jepun seperti Naruto dan kartun-kartun Manga yang berlambak,yang membosan dan memuntahkan aku seperti jalan cerita mengarut tahap super dewa,ditambah sejak scene underground mula mati pada akhir 2002 - kerana kebanyakan cerita cool Ujang ialah cerita budak-budak undergroung(nama band cool seperti Spiral Kinetic Circus dan Koffin Kanser pernah dimention dalam Blues Untuk Aku),dan anak muda mula menjadi poyo sejak zaman Akademi Fantasia.

Hari ini aku lalu di kedai majalah - aku nampak majalah Ujang.Sepuluh tahun yang lalu aku tidak akan teragak-agak untuk beli.Tak tau la - sejak MOY ada - lawak makin hambar - aku cuma lalu dan tidak lagi nak membeli.Baik aku beli rokok Nusantara RM3.00.

Source dari TTGB