9/02/2012

Protestant Punk



This is just a punk rock song
Written for the people who can see something's wrong - Punk Rock Song,Bad Religion.


Politik itu seperti dadah.Seperti dadah-dadah yang lain,macam Panadol the Paracetermol.Atau pain killer.Sesetengah akan cuba mengelakkan diri daripadanya seboleh-bolehnya,tetapi akhirnya guna juga bila datang sakit.Begitu juga dengan politik,ada sesetengah akan mengelakkan diri dari politik,tapi bila terkena kegawatan ekonomi atau kerosakan sistem kerajaan,mahu tak mahu orang akan membuka cerita tentang politik.

Ada juga penagih politik atau politic junkies.Penagih politik adalah orang yang asal nampak muka dia,akan bercerita tak lain dan tak bukan - politik,tapi dia sendiri tak tahu apa itu politik.Macam juga penagih dadah,dia takkan tahu dan takkan nak ambil tahu apa 'barang' yang sedang ditelan atau dicucuk ke dalam badannya.

Ada juga pengguna politik bijak,seperti pengguna dadah yang bijak.Sebelum bercerita politik sudah tahu fakta,cari fakta atau sekurang-kurangnya tidak membodohkan diri dengan mencopy-paste idea orang untuk diceritakan.Mereka ini seperti pengguna dadah yang bijak,gunakan amaun yang secukupnya untuk menghilangkan kesakitan,bukan untuk meneruskan ketagihan.

Kita semuanya berpolitik.Dalam bahasa Greek politik itu bermaksud "perhubungan manusia".Jadi,mana diantara kita yang declare "saya benci politik" akan ke hutan.Setiap manusia akan menjalankan hubungan politik.Hubungan dengan mak ayah adalah politik.Sibling rivals adalah politik.Hubungan member-member adalah politik.Hubungan couple adalah politik.Di sekolah ada anak murid kesayangan atau "teacher's pet".Di universiti "teacher's pet" lagilah ada,terutama dikalangan orang-orang yang kulitnya tidak boleh menakung air dan comel-comel.Yang menggerutu,yang mukanya umpama tar jalan - yang ni boleh jalan - ini juga politik.

Jadi apa yang cuba aku relatedkan punk,protes dan politik ni?Kenapa aku cuba bukak topik ni?Ada sesiapa tahu apa itu punk,ada sesiapa kat sini tahu siapa punk?Apa benda yang punk ni?


Ini fashion victim.Mereka jadi punk bukan kerana ideologi - tapi sebab bajet stylo.
Pergi ke lorong-lorong kecil yang bercabang di Wong Ah Fook,Jalan Raja Chulan atau Jalan Ampang - ada bunyi-bunyian yang kuat dari pinggir-pinggir corong,ditepi tangga ada 2-3 anak remaja yang sedang menghisap rokok,rambutnya berpacak-pacak dipanggil mohawk,berpakaian sama ada jaket kulit atau jeans,ada patches dan button-button band,seluar yang bodyfit,dan kasut Doc Marten.Masyarakat memanggil mereka 'sampah masyarakat' sebab masyarakat kita ni cintakan sangat establishment.Masyarakat kita ni rasa Citrawarna atau kibar-kibar bendera pada Hari Kebangsaan adalah mulia.Padahal sama je - semua berhibur.Puak punk dengar muzik kuat - salah.Hari Kebangsaan muzik tak kuat ke?

Bagi puak punk - establishment adalah satu agen perosak akal yang digunakan oleh kerajaan untuk membenarkan orang-orang berkuasa ini mengatur gerak hidup dan langkah kehidupan masyarakat.Kerajaan ada kuasa untuk beritahu - yang ini betul yang ini salah.Tak kisahlah parti manapun memerintah - mereka tak peduli.Mereka ingin bebas.Mereka ini Si Bongkok Tanjung Puteri zaman millenium.

Aku tak pernah join group punk atau skinhead.Pada zaman aku muda,aku lebih layan grunge,dress up macam petani Chiapas je time tu.Nirvana,Pearl Jam,Soundgardens - semua dalam tangan.Tapi grunge ini - seperti group punk atau skinhead - adalah anti-establishment.Mereka ini takkan kibar-kibar bendera pada hari Kebangsaan sambil excited tengok menteri-menteri aparat ni berdiri sebelah Agung tengok kereta kebal.Pada mereka(dan aku) ini adalah perkara bodoh.Menunjuk-nunjuk kereta kebal dan jet pejuang - menunjukkan mereka adalah orang paling berkuasa - dan rakyat-rakyat jelata kalau nak selamat,sila enjoy muzik hari Kebangsaan.Lagu-lagu Pak Ngah yang berunsurkan patriotik (kepala otak kau patriotik!) berkumandang sambil orang-orang semua membuat tifosi susun-susun kad berwarna warni dan membentuk bunga-bunga.Ini semua kalau kami,kami akan tunjukkan jari tengah straight to the face!Bullshit!

Maka ramailah rakyat-rakyat marhein yang sedia diperbodohkan dengan penuh excited melihat "arrogance of power" dalam hari Kebangsaan ini.Golongan anti establishment - punk,skinhead,grunge,hardcore - kami semua menentang benda-benda bodoh ni.Dan ini dinamakan sebagai protes.

Protes adalah satu sikap ketidakpuasan hati terhadap sesuatu.Orang Palestin di Gaza akan berprotes setiap hari kerana tidak puas hati dengan tindakan Israel.Orang merusuh di jalan-jalan di Kuala Lumpur sebab tak puas hati Sains dan Matematik digunakan dalam bahasa Inggeris.Dan kami,punk,grunge,skinhead dan hardcore dengan imej begini kerana kami protes dengan establishment.

Jadi sudah nampak apa relevannya antara punk,protes dan politik?

Bila kita memandu di jalan-jalan raya,kita melihat wajah Menteri Perdana sebesar-besar abad di signboard.Kelihatan juga wajah Menteri Besar atau Ketua Menteri serta Sultan-Sultanah yang mencapab untuk menunjukkan mereka berkuasa di negeri dan negara.Muka-muka hodoh ini selalu menghiasi jalan-jalanraya - sampai pelancong asing pun tak nak datang ke Malaysia.Dah kalau Zoom Malaysia punya billboard ditunjuk muka-muka si hodoh aparat ni,apa kes?Tunjuklah model-model cun sikit,barulah pelancong nak datang.Tunjuk gambar Dolah,Bijan,Azalina ni buat apa?Mereka ini adalah establishment.Jadi kepada mereka ini - golongan punk,skinhead,grunge dan hardcore akan menunjukkan jari tengah terus kepada mereka.Who the fuck are you to tell me an order?

Aku gunakan politik seperti golongan punk menggunakan politik - untuk mengubati masyarakat dari terus mengalami simptom kebebalan yang kronik.Kami gunakan politik dan muzik-muzik keras untuk menyatakan kepada mereka yang terus leka dan lalai dalam establishment ini supaya sedar dan insaflah - kamu sedang diperbodoh dan dipergunakan.Aparat keparat ini bukannya peduli kamu hidup atau mati.Mereka mahu undi kamu dalam pilihanraya.

Bagi golongan revolusioner dan anti-establishment - muzik dan seni adalah save haven.Orang-orang seperti Jean Paul Sartre,Bertolt Brecht,John Lennon,Zach dela Rocha,Serj Tankian atau Johnny Rotten adalah rebel didalam muzik.Tak sekuat Che Guevara atau Bung Tomo dalam revolusi,tapi menggerakkan jiwa melalui muzik,teater atau pelbagai lagi cabang seni.Dalam seni,ideologinya adalah ingin bebas dari cengkaman.Orang-orang seni(yang memang berjiwa seni) takkan terikat dengan mana-mana orang politik yang mengaturi pemikiran mereka.Maknanya Puteri Gunung Ledang the Musical dan orang yang menjayakan ini adalah orang-orang yang sedang melacurkan seni kepada orang-orang politik.Toksah dok sembang,toksah mengarut,nak mengatakan kamu mengangkat darjat orang seni - buskers dan orang-orang buta bermain organ di jejantas itu adalah orang-orang yang mengangkat seni.Band-band underground inilah yang mengangkat seni julang ke atas.Mereka berdiri kerana prinsip.Mereka berjuang dengan muzik.

Kami punk,akan terus protes untuk pembetulan politik!We're punkers will continue to protest for political correction!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan