1/16/2013

In The End, Everything Will Becoming Black



Sesibuk mana pun gua, gua akan cuba luangkan sedikit masa untuk mendengar muzik muzik kegemaran gua. Tak kira dari zaman Metal, Grunge mahupun Britpop yang melanda dunia dari zaman 70-90 an. Saat di mana abang gua berkata yang hitz FM akan mainkan muzik muzik berentak grunge di malam hari. Cilaka. Apsal zaman gua takde benda benda ni semua. Mana keadilan? Apehal gua dilahirkan di zaman terencat 1D dan jugak JB cilaka ni? Malah bertambah cilaka bila zaman remaja gua musnah dek muzik muzik dari Korea. Ah persetankan muzik yang penuh dengan unsur kapitalis di mana muka didahulukan sebelum bakat. Engkorang ada muka, okay korang ada potensi jadi artis yang hot macam cilaka kat luar sana. Gua bukan mempersoalkan benda benda kosong tapi negara kita bukannya macam negara Britain di mana mereka masih lagi mahu mendahulukan bakat. Bagi gua, muzik sebenar ialah muzik yang tidak menggunakan autotune dan hanya menggunakan tiga basic instrument iaitu gitar, bass dan dram. Tak salah jugak bagi gua kalau nak tambah orchestra di belakang tabir dan beberapa suara harmonika.

Apa yang gua nak ceritakan kat korang ialah mengenai lagu yang menjadi hantu kat dalam hidup gua kebelakangan ni. Okay engkorang boleh bukak video di atas untuk mendengar lagu tersebut. Pearl Jam - Black. Satu antara nama besar dalam industri grunge di Seattle. Dengan suara merdu barritone penyanyi yang diberi nama Eddie Vedder, gua tak boleh lelap bila dengar lagu ni. Punyai maksud yang sangat deep dan padu dalam penulisan liriknya. Apa yang gua dapat sampaikan dalam pemahaman gua, lagu ni berkisarkan tentang seorang mamat yang terkejut ditinggalkan awek dia. Mamat ni cuba mencari di mana salah dan silap diri dia sampaikan si makwe ni tinggalkan dia dalam keadaan terpinga pinga. Si makwe cukup sempurna di mata dia sampai dia berimaginasi yang makwe dia ni sebuah kain kanvas putih lagi suci. Sempurna jiwanya seperti lima horizon yang mengelingi dunia. Dia nampak si makwe ni adalah segala galanya bagi dia. Hubungan diorang baik pada mulanya sehingga makin lama makin parah tanpa diketahui apakah puncanya. Dia cuba berseorangan dan mencari di mana salah silap hubungan diorang. Dan dia akhirnya tau yang hubungan dia dan si makwe ni tak berpanjangan macam apa yang dia nak. Dan dia tahu makwe yang dia dambakan ni akan punyai hidup yang sempurna di masa akan datang, bersinar menjadi insan yang berguna dan dia tau yang dia tak layak langsung untuk dicintai oleh gadis sesempurna seperti si makwe tapi masih terselit sebutir harapan yang si makwe ni akan menjadi milik dia.

Lirik yang sentiasa tersemat di jantung gua ialah bila si Vedder ni menyanyi part 'I know someday you'll have a beautiful life. I know you'll be a star. But why, why why why can't it be mine?' Dengar jeritan barritone dia cukup buat gua rasa sayu dan rasa apa yang si Vedder ni rasa. Sekarang cakap dengan gua  budak sampah macam budak grunge yang cuba melawan kehidupan bersistem, anarki dan anti kapitalis tak punya perasaan. Orang orang macam ni lagi punya perasaan yang sangat dalam sampai kan lu orang takkan percaya yang diorang ni ada perasaan macam ni. Ingat, jangan mudah menilai orang dari luaran. Menilai dari luaran bagi gua sentiasa tak relevan walau di zaman mana pun. Gua rindukan lagu lagu yang ada soulnya tersendiri macam lagu ni. Tapi cilakanya zaman sekarang hanya memandang bakat semata mata. Dan untuk pengetahuan engkorang, Vedder yang budak sampah 1 masa dulu ni punyai PhD holder in Music. Bukan calang calang musician. Orang seni sebenar akan mudah nampak apa yang dia rasakan salah di mata diorang. Cuba je lah engko tengok A.Samad Said. Takkan la sasterawan negara kita tu terlalu bodoh nak join perhimpunan Bersih. Mesti dia nampak di mana salahnya sistem yang kita hidup sekarang sampai dia pergi berdemonstrasi. Kalau dia nak kejar duit, bila bila masa dia boleh buat. Tapi tak, dia berjuang dengan rakyat semarhaen dia. Tak nampak perbezaan pun di mana title sasterawan tu diletakkan. 

Macam apa yang gua pernah cakap kat member member gua, tiap tiap orang punya drama yang ditulis hebat oleh di Atas, engkorang jangan sesekali menilai sesuatu dari luaran. Itu mentaliti dunia ketiga. Okay gua akan tuliskan lirik lagu Black ni untuk korang rasa sama betapa deepnya jiwa Eddie Vedder ni. 

Oh and all I taught her was everything 
Oh I know she gave me all that she wore 
And now my bitter hands 
Chafe beneath the clouds 
Of what was everything 
Oh the pictures have 
All been washed in black 
Tattooed everything 
I take a walk outside 
I'm surrounded by 
Some kids at play 
I can feel their laughter 
So why do I sear 
Oh, and twisted thoughts that spin 
Round my head 
I'm spinning 
Oh, I'm spinning 
How quick the sun can, drop away

And now my bitter hands 
Cradle broken glass 
Of what was everything 
All the pictures had 
All been washed in black 
Tattooed everything 
All the love gone bad 
Turned my world to black
Tattooed all I see 
All that I am 
All I'll be

Yeah
I know someday you'll have a beautiful life 
I know you'll be a star
In somebody else's sky 
But why 
Why 
Why can't it be 
Why can't it be mine

1/15/2013

Cerita satu hari


Berjalan dari Tanjung Dawai sampai ke Tasik Semeling adalah benda yang indah gua lakukan hari ni. Sambil memasang album Coldplay, Pearl Jam dan Audioslave, gua dapat rasakan satu perasaan yang dah lama gua nantikan. Perasaan yang tak mampu digambarkan dengan kata kata. Sepuitis mana pun perkataan atau ayat tu, tak dapat gua nak gambarkan. Gua tak tau sama ada gua sorang atau pun orang lain dapat merasakan satu perasaan bila melihat alam semulajadi terbentang depan mata. Gua rasa semua masalah gua dapat hilang masa tu jugak. Susah nak jumpa teman sebaya gua yang ada perasaan macam gua ni. Mungkin ada cuma gua je yang tak perasan kehadiran diorang dan punya minat yang sama macam gua. Sambil gua duduk melayang ke angkasa sorang sorang kat tasik semeling, gua teringat mimpi gua siang tadi. Mimpi siang hari lah mimpi yang sering buat kita kekal berharap.

Apa yang gua mimpikan ialah pabila gua memperkenalkan Bunga Ramona kepada semua teman teman gua di utara. Manis berbaju hitam, berblaus polka dot merah putih. Ramona memegang erat tangan gua seolah olah tak mahu gua pergi dan memulakan perbualan di atas sebuah titi. Titi usang yang kekal menjadi saksi gua bergelak ketawa bersama dia di dalam alam mimpi. Ramona menyandarkan kepalanya ke bahu gua. Gua mengusap rambut curlynya yang tidak terlalu ketara itu. Entah fantasi level berapa kali ni pun gua tak pasti siap ada background sound lagu Vertical Horizon - Best I ever Had lagi membuatkan gua tak mahu bangkit dari lena dan mahu mata kekal terpejam selamanya. Tapi gua hanya salah seorang daripada berbillion manusia yang bermimpi di siang hari dan gua terjaga dari tidur. Gua dapat rasa sedikit perasaan kecewa dalam hati gua kerana semua yang gua alami tadi hanyalah mainan syaitan semata. Gua menyambung perjalanan gua ke alam mimpi setelah terjaga kira kira 5 minit. 

Mimpi kedua gua bersambung dengan mimpi pertama gua cuma kali ni Bunga Ramona berbaju merah sambil mengenakan jeans cutting wanita. Ramona berjalan ke satu arah dan melambai tangan ke arah gua tanpa gua ketahui ke manakah arah yang ingin dituju. Dalam hujan renyai gua merayu kepada Bunga Ramona tolong kembali pulang tetapi layanan gua tak diendahkan. Gua terjaga dan gua rasa fuck up. Gua nak rehatkan minda tapi mimpi ni menambahkan kusut di kepala gua. Cilaka tahu! Gua tak pernah ambik port langsung pasal mimpi tapi ini mimpi betul betul buat gua rasa perlunya kaki gua bertapak di tanah yang sama seperti orang lain memijak. Sampai bila gua nak hidup dalam bayangan? Gua tak tahu apa yang gua kejarkan, apa yang gua tahu sekarang hanyalah harapan. Gua salahkan diri sendiri. Ahh kalau dilayan perasaan di mahu gua balik JB serta merta. Kahkahkah! Gua bergegas hidupkan enjin motor, dan meneruskan pecutan motor sampai ke Tasik Semeling.

Sampai ke malam gua duduk termenung di tempat yang sama. Macam macam ragam gua dapat tengok. Gua lihat ada pakcik pakcik yang baru pulang dari bekerja mahu memberi anak anaknya rezeki yang diperolehi agar anak anaknya berjaya dalam bidang pendidikan. Bagi gua berjaya tu luas pengertiannya. Tak semua yang ada sijil itu akan berjaya di masa hadapan dan tak semua yang hanya berbekalkan sijil SPM tu akan gagal seumur hidup diorang. Semua manusia tak kira tua atau muda, miskin atau kaya, semuanya menanamkan sedikit harapan dalam hidup supaya kehidupan mereka menjadi lebih senang di masa akan datang. Harapan yang gua taburkan hanya berlandaskan kepuasan semata mata. Gua tak dapat nak ambik hidangan yang ada di depan mata dan sibuk mengambil hidangan tempat lain. Gua cuba untuk menukar tabiat buruk gua ni tapi tak boleh. Mungkin sifat ni dah lama sebati dengan diri gua yang memang loser at all. Gua sentiasa gagal dalam melakukan kerja yang gua lakukan. Gua pun pelik. Okay lah gua boleh main gitar, tapi cuma sekadar boleh main major chord dan strum dengan betul je. Gua bukannya boleh baca tab pun.

Nak kira lagi loser, hari hari gua bayangkan Ramona ada dekat sisi gua sampai bantal peluk gua pun gua bagi nama Ramona. Nampak tak loser gua kat sini. Cilaka hina betul. Kahkahkah! Entah Ramona ambik port pasal aku ke tak aku pun tak tahu. Gua tahu Ramona cuba jauhkan diri dari gua. Gua tak tau atas apa sebab cuma gua nak dia tahu apa sebabnya tiba tiba nak jauhkan diri dari gua. Mungkin dah jumpa jejaka idaman macam wan agaknya. Mungkin lah. Eksistensialis yang boleh menjadi lelaki yang berkaliber bila bila masa. Tak macam gua. Masih terhegeh hegeh kat kedai runcit beli rokok dunhill batang. Cerita satu hari gua berakhir dengan gua tidur terbongkang dekat bangku taman rumah gua ketika gua sibuk mengira bintang bintang di angkasa sambil bermain kapal selam seorang diri. Gua sedar sedar yang matahari dah mula nak memanaskan bumi dan burung burung sibuk menyanyikan lagu lagu merdu. Gua bangun dengan 1 perkara bodoh bermain di kepala. Gua harap lepas ni hati dan perasaan gua akan dipijak mati oleh gua sendiri. Masa tu orang nak kutuk gua pun gua senyum sambil tunjuk middle finger kat diorang. Tapi masalahnya, kat ayat tu sendiri ada perkataan 'harap'. Kahkahkahkah! Tak guna!

Melayan jugak lagu Cerita Dia ni. Padu sungguh lirik.

Sempurna,
Cerita yang tak sempurna,
Apakah alasannya,
Siapakah di hatinya?

Bahasaku
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah

Bila ku tunggu jawapanmu,
masihkah aku ada dihatimu saat ini?
Biar tubuhku kan terpaku.
Biar jasadku tak bernyawa lagi
Saat ini.





1/10/2013

Warkah buat Ramona



Mungkin betul kata sesetengah orang, bila merindukan seseorang tidak kira lama mana pun tetap akan kita tunggu sehingga sampai detik detik kita akan bertemu kembali. Sesungguhnya aku tak pernah kecewa pun selepas lama berpisah dan bertemu kau kembali. Sememangnya kau salah satu memori yang paling indah pernah terpahat dalam hati dan akal aku. Walaupun membentak ego aku supaya membenci kau, tapi naluri hati seorang lelaki tahu mana satu perasaan yang waras tanpa diselaputi ego. Cuba melupakan memori indah dalam ingatan bagi aku hanyalah seperti kau cuba membuang akal yang terpahat sejak kau di dalam rahim bayi lagi. Seperti kau membuang setengah jiwa kau di lorong lorong hitam. Aku takkan melupakan kau. Seteruk mana keadaan aku, sesenang mana keadaan aku, aku takkan melupakan kau. Cuma sering aku berpesan di dalam diri aku sendiri bahawa aku sememangnya tak layak LANGSUNG nak menakluk kembali hati kau.

Aku cuma seorang insan yang masih bernafas oksigen yang sama seperti orang orang di luar sana. Tiada beza oksigen yang aku hirup itu dengan mereka mereka yang berada di istana, di luar negara mahupun di kaki lima. Sama. Cuma apa yang membezakan aku dengan mereka ialah aku punya kisah cerita hebat yang ditulis oleh Tuhan ke atas diri aku. Sebagai pelakon di dalam cerita ini, aku disuruh melakonkan watak menunggu kau. Menunggu bukannya suatu yang indah lebih lebih lagi menunggu perkara yang tak pasti. Bisikan syaitan berkata hentikanlah perkara bodoh ini, tapi jiwa aku sendiri tahu yang aku harus terus menunggu meskipun jawapan yang akan aku dapat kelak tidak seperti apa yang aku harapkan. Tapi sekurang kurangnya, aku mahu kau tahu yang aku bukan sahaja menunggu, malah sentiasa ada disamping kau tidak kira di saat saat getir mahupun ketika kau sedang gembira menari di bawah tangisan langit dan awan. Aku akan sentiasa ada sisi untuk menyokong dan memberikan kata kata semangat untuk kau terus mara di dalam hidup.

Aku sendiri tidak tahu apa kelebihan yang ada di dalam diri aku sehingga aku berkata yang kau harus menerima aku. Tidak. Aku tak nampak apa apa kelebihan. Malah terlalu banyak kekurangan yang ada di dalam diri aku. Kau akan malu dengan rakan rakan kau yang lain. Ketika mereka di samping jejaka jejaka hebat, tampan dan berkeyakinan tinggi, aku hanya seorang penulis yang hanya mampu mengucapkan kata kata indah tapi tiada apa yang boleh dibanggakan. Dengan saiz luaran aku yang boleh dilihat dari turki ke Belanda, semua akan memandang jelik ke atas kau. Dengan penampilan aku yang kusut serabut seperti mereka yang hidup di gelandangan, kau akan dibahan rakan sepermainan. Tidak. Aku datang bukan untuk menjadikan hidup kau sebegitu. Sebab itu aku berkata ramai lagi jejaka di luar sana yang layak menerima gadis seperti kau. Aku bangga dapat mengenali kau dengan sangat rapat. Kau seorang gadis yang peramah, bijak tutur kata dan juga pelajarannya. Kau antara gadis yang boleh hidup berdikari tanpa ada bantuan dari mana mana pihak. Jika dicampakkan ke kepulauan Papua pun aku yakin kau masih mampu mencari sahabat kerana kelakuan kau mudah diterima. Tidak seperti aku. Seorang yang tidak aggresif, tidak berani menyahut cabaran. Hahaha. Apa kelebihan yang boleh dibanggakan? Hanya penulisan semata mata. Zaman berubah, manusia tak lagi menjadikan sastera sebagai medium kepandaian tetapi mereka yang lebih pintar menggunakan teknologi lah di hadapan.

Seperti apa yang telah ditetapkan di tangan takdir dan juga Tuhan, aku mahu kau tahu, yang kau adalah gadis pujaan ramai jejaka di luar sana. Riang, ceria, berkongsi suka dan duka, suka mencari angin selain di tempat sendiri, itu lah yang jejaka di luar sana mahukan. Bukan kecantikan luaran yang dipandang walaupun kau dimata aku seorang gadis yang terlalu indah untuk digambarkan. Lebih mengasyikkan daripada menghirup secangkir kopi di dingin embun pagi. Mata kau mampu menzahirkan apa yang batin. Senyuman kau mampu membuat seorang yang sedang resah menjadi tenang. Sifat manja kau yang cuba kau sorokkan dengan alter ego kau itu boleh membuatkan semua jejaka di luar sana mengagungkan kau. Kau satu dalam seribu, dan mungkin juga sejuta. Kerana itu, aku sukar melupakan 18144 jam yang lalu ketika bersama kau. Sesungguh pada detik dan saat ini dosa untuk aku katakan yang aku tidak merindui jasad dan diri kau.

Kepada gadis berambut curly, bakal guru dan bakal pemimpin anak bangsa yang aku sanjungi. Ini untuk kau. Untuk kau Bunga Ramona.

12/15/2012

Siapa Tuhan Kamu?


Walau apa pun bangsa kita, agama kita, tetapi kita sedang bergaduh tentang kelas masyarakat kita. Yang miskin dan yang kaya. Yang tuan dan yang hamba. Tapi semua orang ingat ini pergaduhan kaum.
Aku pernah tulis benda ini satu ketika dulu.Dan tiba-tiba aku nak tulis ni balik berdasarkan comment blog si Basuh Baju, seorang yang bernama Reek berkata tentang ketidakadilan dalam Malaysia.Dia kata kerajaan Malaysia yang diketuai seorang Melayu menindas orang-orang yang non-Bumi, dia kata hak orang Melayu nak tukar agama lain dihalang la, macam-macam.

Tiba-tiba aku nak tulis balik benda ni.Reek, yang aku rasa mungkin dia seorang yang berbangsa Cina, terasa seperti bangsanya sedang ditindas oleh fahaman Ketuanan Melayu. Tapi orang seperti Reek, sebenarnya tidak faham keadaan yang sebenar tentang masalah kita.

Masalah kita bukan bergaduh antara kaum atau agama, masalah kita adalah pertembungan kelas. Perebutan ekonomi.Yang tuan menindas yang hamba. Yang boss menindas yang bekerja. Bukan soal Melayu Cina India. Bukan soal Islam dengan bukan Islam.

Jadi hari ni aku tulis la entry ni untuk memberi buah fikiran kepada Basuh Baju untuk seterusnya mengembangkan idea ini, harapannya begitulah,untuk bercerita tentang masalah yang sebenar-benarnya.

Aku pernah bekerja di Factory Outlet Shop(FOS), kedai yang menjual baju di Ikano. Bosnya Cina. Pekerjanya hampir semuanya Bumiputra. Ada 10 orang pekerja disitu. 9 Bumiputra. 8 Melayu dan 1 Kadazan Dusun. 1 je yang bukan Melayu atau Bumiputra,dia berbangsa Chindian(Cina dan India, kacukan). Tapi apabila aku datang lewat sebab aku solat Jumaat, aku dimaki. Sebab dia tak benarkan.

So sekarang ni Reek, kalaulah kau nak Perdana Menteri Malaysia seorang Cina, satu hari nanti orang Melayu nak bersolat pun ada berkemungkinan tak boleh, sebab baru memerintah satu lot kedai kecip pun, bos Cina dah buat macam tu. Kalau satu Malaysia ni,macam mana agaknya?

Tapi nanti dulu,aku faham perasaan Reek. Dia berkata "orang yang nak menganut agama Islam senang,tapi nak convert ke agama lain tak boleh.Kenapa?". Dan aku pernah dengar seorang yang beragama Hindu tidak dibenarkan cuti Thaipusam oleh bosnya orang Melayu. Pada aku ini bukan soal agama atau bangsa. Ini soal kelas masyarakat.

Pada aku, agama itu kepercayaan. Terpulang kepada kau nak beragama apa. Dalam al-Quran surah al-Kafiruun pun ada cakap "kau dengan agama kau,aku dengan agama aku.kau dengan apa yang kau percaya,aku dengan apa yang aku percaya". Tak guna kau masuk agama Islam semata-mata kau nak mengorat gadis Melayu tapi kau sendiri tak percaya dengan agama dia. Dan tak guna kau memeluk agama Islam kalau kau sendiri tak percaya dengan agama tu.

Dari perspektif orang Melayu, orang Cina cuba untuk merampas hak orang Melayu. Dari perspektif orang Cina, orang Melayu menindas dengan fahaman Ketuanan Melayu. Pada aku sebenarnya kita sedang dipecah-pecahkan oleh pihak kapitalis. Kita sedang dilaga-lagakan, yang menjadi batu api adalah orang-orang komprador yang terus mahu mengaut keuntungan.Sama ada dari yang Cina atau yang dari Melayu. Puak kapitalis ini memecahbelahkan kita dan terus bergaduh. Datuk Melayu berjumpa dengan taukeh Cina, bergelak-gelak dan bergembira. Datuk Melayu bincang dengan taukeh Cina pasal business, dan apabila di mesyuarat parti, atau bertemu orang kampung, dia akan cakap tentang ketuanan Melayu. Supaya orang Melayu mengundinya. Supaya dia mendapat kuasa. Dengan mendapat kuasa, dia boleh menukarkannya dengan wang. Dan menjual kuasanya kepada taukeh Cina untuk mendapatkan wang. Yang taukeh Cina pulak bercakap kepada orang Cina tentang "bangsa Cina telah ditindas oleh fahaman ketuanan Melayu", sebab dia nak orang Cina dibawah tidak membeli barangan orang Melayu sebaliknya dengan orang Cina. Inilah relationship antara fasis dan kapitalis. Orang menggunakan bangsa,agama dan warna kulit untuk berniaga.

Cuba lihat di Amerika, Barack Obama menjadi ketua kampung, tapi kulit hitam di sana masih miskin. Kalau sesiapa yang rajin, pergi ke kawasan yang diberi nama "Bible Belt", dari sungai Missisippi,Louisiana, Alabama, dan pedalaman Georgia. Banyak orang kulit hitam masih miskin. Tapi mungkin Barack Obama masih lagi baru dalam pemerintahan.

Macam mana dengan Afrika Selatan? 15 tahun selepas kejatuhan apartheid, Nelson Mandela, Thabo Mbeki dan kini Jacob Zuma memerintah,namun orang kulit hitam masih miskin. Kalau sesiapa yang ada wang dan akan menonton Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti,cuba lihat kawasan di Johannesburg, Cape Town dan Pretoria. Orang kulit hitam yang miskin hidup setinggan tanpa bekalan air bersih walaupun pemimpinnya kini berkulit hitam.

Committee Workers International(CWI) Malaysia kini sedang membantu pekerja kilang di Nilai, Dalia Industries yang membuat cerucuk tiang elektrik. Kebanyakan pekerja orang Melayu. Dan bosnya juga orang Melayu. Tapi kenapa pekerjanya kena tindas jugak?

Jadi, ada tak jaminan keadilan akan terlaksana kalau orang Cina menjadi Perdana Menteri di Malaysia?

Cuba lihat di Thailand. Orang Melayu yang memasuki tentera Thai, bawak motor dan tembak orang Melayu di kampung. Satu kepala 20,000 baht.Ini bukan kisah tipu.Ini kisah ex-housemate aku. Dia bercerita tentang tentera Thai yang berbangsa Melayu membunuh orang Melayu.Semuanya untuk wang. Untuk duit. Yang menembaknya bukan orang Thai tapi orang Melayu sendiri.

Korang ingat orang yang sibuk cakap pasal perpaduan ummah ni semua "give a damn" ke tentang umat Islam? Yang bercakap Malaysian Malaysia ni "give a damn" tentang equality? Ini semua propaganda ahli politik. Kita rakyat dijadikan patung G.I Joe atau Barbie Doll oleh mereka. Kita ni dijadikan alat.

Orang di sana sini bercakap tentang agama. Hak untuk menyembah Tuhan masing-masing. Orang Cina menyekat orang Melayu menyembah pada hari Jumaat. Orang Melayu menyekat hak orang Cina untuk bertukar agama. Apa-apapun,kita semua setuju "wang berkuasa atas segala-galanya". Agama pun sekarang boleh dijual beli dengan duit. Kita semua bergaduh berperang kerana duit. Sebab duit adik beradik boleh berperang. Sebab duit suami isteri boleh bercerai berai. Sebab duit golongan fasis nak antara agama, antara bangsa bergaduh dan berbunuh.

Bank Islam masih lagi riba.

Sijil nikah kena bayar RM80.

Ananda Krishnan yang dikatakan warak dalam agama Hindu tu pun charge Maxis melampau-lampau. 1 minit 35sen (padahal Nadzrien Jerinho pernah kira kos telekomunikasi 1 minit tak sampai 1 sen). Astro selalu blackout time hujan tapi kalau 
bayar tak ikut time kena potong.
Beb, ini bukan soal agama atau bangsa. Ini soal kelas.Rakyat di bawah akan terus ditindas, dah la ditindas, dipecah-pecahkan lagi, dibatu apikan lagi, digaduh-gaduhkan lagi.
 
Yang di atas gelak ketawa.

Serupalah macam WWE. Yang berdarah bertumbuk cedera parah para wrestler. Yang kaya berbillion-billion Vince McMahon dan kroni. Yang kena tipu adalah peminat.

Kita semua sedang ditipu.

10/26/2012

Revolusi Perancis pada tahun 1968



Dah lama jugak gua tak update blog ni dan dibiarkan mati tanpa ada berita apa apa pun kan. Rasanya tak lambat lagi untuk gua ucapkan Salam Aidiladha tahun 1433H ni. Okay, masa gua duduk library hari tu, gua terjumpa buku yang gua rasa sangat bagus untuk dibaca oleh student dan juga orang yan dahagakan revolusi seperti gua. Malang lah kalau lu ni sebenarnya mat jiwang yang dok tercongok baca buku Alaf21 dari muda sampai ke kecik dan tak boleh nak ambil bahan bacaan yang sedikit berat.

Tajuknya
 France 1968:Month Of Revolution.Kisah bagaimana Presiden Perancis Charles de Gaulle hampir-hampir digulingkan. Sebulan bandaraya Paris lumpuh. 10 juta rakyat merusuh di sekitar Perancis. 2 juta merusuh di Champes Elysees, jalan yang paling popular di Paris.Di L'Arc de Triomphe - pelajar, pekerja dan penganggur bersama-sama 'menakluk' bandar Paris dan sekali lagi untuk kali ketiga bandar Paris merusuh besar dan revolusi Perancis kedua hampir berjaya.

Kisahnya bermula apabila Universiti Nanterre dimana 150 orang pelajar berhimpun membicarakan tentang diskrimikasi dan birokrasi yang menyusahkan rakyat.Daripada perhimpunan ini maka tercetuslah Pergerakan 22 Mac. Pergerakan 22 Mac ini diharamkan oleh polis. Jadi polis pun bertindak menangkap ahli pergerakan ini.Daripada tindakbalas polis ini .Pihak pelajar pun tidak berpuas hati,dan akibat dari itu,Universiti Nanterre ini ditutup.

Apabila Universiti Nanterre ini ditutup, seluruh pelajar universiti ini bertindak dengan protes di jalanan.Mereka juga menyebarkan risalah  tentang penindasan pihak borjois dan pihak kapitalis terhadap kaum pekerja - lalu kaum pekerja di sekitar Paris juga menyertai mereka. Mereka melancarkan mogok - menyebabkan pasaraya besar,shopping complex dan kilang-kilang ditutup.Begitu hebat sekali kuasa kaum pekerja ini.

Mereka menuntut agar mereka yang ditangkap ini dibebaskan, polis keluar dari universiti dan membuka semula universiti Nanterre. Pada 10 Mei,pihak polis membina halangan tetapi ratusan ribu pelajar dan pekerja meruntuhkan tembok tersebut.Mereka merentasi Sungai Seine bersama-sama,dan mereka dihalang oleh polis CRS(Compagnies Républicaines de Sécurité) dan pihak anarkis(yang tidak percaya kepada undang-undang) membaling Molotov Cocktail. Polis bertindak lebih ganas menggunakan gas pemedih mata dan bom asap serta memukul pihak anarkis dengan hujung senapang.Pihak pelajar dan pekerja sementara itu menyiapkan persiapan untuk melancarkan mogok pada 13 Mei.

Pada 13 Mei seluruh Paris mogok. Semua pekerja tidak mahu bekerja. Pihak kapitalis berada di dalam kerugian. Perdana Menteri Perancis Georges Pompidou merayu kepada semua pekerja agar tidak mogok kerana ia merugikan negara. Pompidou kemudiannya membebaskan kesemua ahli Pergerakan 22 Mac dan membuka semula universiti, mengikut apa yang dituntut pelajar. Namun demikian, Universiti dikawal oleh pelajar, dan tidak mengikut arahan kerajaan. Mereka bertindak secara kolektif dan menjalankan universiti secara demokratik. Begitu juga dengan pensyarah dan pekerja di universiti. Tidak ada arahan dari kerajaan.

Di Nantes keesokan harinya,kilang kereta Renault juga mogok.Menyebabkan pengeluaran kereta nasional Perancis terhenti.200,000 orang mogok.Menjelang keesokan harinya,200 bandar di Perancis ekonomi kapitalis terhenti.Petani mengeluarkan jagung,kentang dan gandum atas permintaan rakyat,bukan permintaan tamak haloba pemodal.Penternak mengeluarkan daging mengikut kehendak rakyat.Jadi harga barangan dengan automatiknya turun - sebab ketiadaan orang tengah.

Harga lobak merah turun dari 70 cents kepada 30 cents. Harga kentang turun dari 80 cents kepada 50 cents. Harga daging lembu turun daripada 2 franc kepada 80 cents. Harga barangan dipantau oleh komiti perusuh bagi memastikan harga barangan tidak menyusahkan rakyat.Syarikat besar gulung tikar.Presiden Charles de Gaulle yang berada di Romania tidak dapat berbuat apa-apa.Bahkan, ada polis, tentera dan pihak keselamatan yang berada di pihak perusuh,menyokong tindakan mereka.

Petit borjois dan golongan elit segera meninggalkan Paris. Di sempadan Switzerland, keadaan kesesakan lalu lintas berbatu-batu jaraknya. Di Marseille,pekerja pelabuhan mengangkut barangan import lalu mengagih-agihkan kepada rakyat setempat. Di Toulouse, Bordeaux, Lille, Lyon para pekerja semuanya sepakat mahu menggulingkan kerajaan Charles de Gaulle.

Menjelang akhir Mei 1968 jumlah perusuh mencecah 10,000,000 orang Kerajaan de Gaulle lumpuh. Pihak pelajar,pekerja dan penganggur menubuhkan "Parlimen Sementara" di teater-teater di sekitar Perancis bagi menguruskan ekonomi autonomi di Paris.

Setelah sebulan Paris lumpuh tindakan Parti "Komunis" Perancis yang pro Stalin dan kesatuan sekerja yang pro de Gaulle menyebabkan rusuhan itu terhenti. Walaupun demikian, kesan rusuhan itu terhadap Perancis hari ini sangat terlihat sehingga hari ini.Mereka berjaya menuntut autonomi universiti, gaji minimum yang lebih baik serta undang-undang tidak membenarkan pihak pemodal menyuruh pekerja bekerja 35 jam seminggu. Walaupun hari ini Presiden Perancis Nicholas Sarkozy cuba untuk membubarkan undang-undang ini,beliau tidak berbuat demikian kerana takut kejadian 40 tahun yang lalu bakal berulang.

Bila dah baca ni engkorang boleh lah buat kesimpulan sendiri, kenapa demonstrasi macam Bersih patut ada kat negara kita. Macam aku cakap masa lepas, orang yang terlampau selesa dengan sistem akan menjadi malas untuk bergerak dan malas untuk berfikir. Dunia ini milik anak muda.

9/25/2012

Liberalisasi Kewangan Kepala Hotak Kau!


Perompak pada masa kini datang dengan memakai necktie, coat dan tandatangan. Ini perompak lapuk


Hari ini aku bukak Astro Awani. Setelah sekian lama di UiTM agak jarang menonton Astro Awani,tiba-tiba hari ini aku membuka TV, ketua kampung Najib Tun Razak berkata tentang 'liberalisasi kewangan' yang akan membuka sebanyak 70 peratus kepada ekuiti asing.

Kepada makcik Bedah dan Pak Usin Petai yang tak pernah dengar perkataan-perkataan bombastik tetapi plastik ini, harus diingatkan bahawa ini adalah satu 'penjajahan bentuk yang baru' atau Bung Karno kata, "neo-kolonialisasi".

Mungkin Pak Usin Petai atau pakcik pakai kopiah cakap kuat-kuat dalam ceramah anggap, penjajahan ini datang dalam bentuk tentera Jepun mengayuh basikal dari Kota Bharu, membawa senapang dan membawa kapal terbang. Mungkin makcik Bedah rasa setakat ni takde pun kereta kebal US atau kapal perang mendarat di Selat Melaka untuk menakluk Malaysia.

Rakan-rakan semarhein, kita sedang 'diserang'.

Muka-muka manis pakai necktie dan pakai coat, bercerita tentang 'liberalisasi kewangan' ini sedang menyerahkan sepenuhnya kewangan negara kepada 'anasir-anasir tertentu'(satu konotasi klasik surat khabar Melayu kalau nak mengatakan sesuatu yang jahat). Tandatangan dan kertas-kertas dokumen ini sebenarnya adalah satu penaklukan jenis baru yang tak memerlukan senjata dibawa ke sini. Dengan satu stroke tandatangan, secara langsung rakyat marhein akan menjadi hamba kapitalis Orde Baru Dunia.

Dalam dasar liberalisasi kewangan ini, bank-bank luar negara ini dibenarkan untuk beroperasi di Malaysia. Dua bank Islam akan dibuka pada tahun ini,membawa pelaburan sebanyak US$1 billion. Sektor insurans dan kewangan asing dibuka dari 49 peratus kepada 70 peratus. Bermakna, kewangan negara dikuasai oleh 70 peratus ekuiti asing.

70 peratus dari bank kita adalah milik asing. Mereka akan mengawal kewangan kita sebanyak 70 peratus. Balik ke negara mereka, mereka sudah mengalami apa yang dikatakan sebagai 'ketepuan pasaran'. Di Eropah juga mengalami 'ketepuan pasaran'. Jadi sasaran berikutnya, Asia dan Afrika lah!

Biar aku copy paste sedikit petikan dari Utusan:-

Memberi lebih fleksibiliti kepada institusi kewangan asing yang beroperasi di Malaysia untuk memperluas jangkauan produk dan perkhidmatan kewangan terutamanya melalui pembukaan cawangan baru. Ini bagi mencapai akses yang lebih meluas dalam memberikan perkhidmatan kewangan dan meningkatkan penembusan insurans di dalam negeri. Bank-bank perdagangan asing yang diperbadankan di Malaysia akan dibenarkan membuka empat cawangan baru dalam 2010 dan 10 cawangan pembiayaan mikro tahun ini.


Dengan membenarkan mereka ini berfungsi, maka rakyat akan menyimpan wang ke dalam bank-bank tersebut. Rakyat akan meminjam wang dengan bank tersebut. Dan bank asing ini akan membuat keuntungan dengan rakyat marhein ni. Kita nampak watak ah long yang ganas, yang pukul orang, simbah cat merah dan pecah kereta orang ni ganas, tapi bank ni serupa juga dengan ah long. Rampas rumah, rampas tanah dan jadi milik bank, bukan tu ke sifat penjajah? Oh yeah, kadar faedah bank asing 20 hingga 30 peratus setahun, bahagian mana yang aku tak explain tentang 'penjajahan' ni?

Mereka dari syarikat korporat ini datang seperti watak-watak Alfonso D'Albourqueque, seperti Ferdinand Magellan, Christopher Columbus atau seperti Francis Light atau seperti George W Bush ke Iraq. Mereka orang asing datang ke tempat orang untuk keuntungan. Dan sesiapa yang kata ini dasar bagus lebih baik menghanggukkan diri ke dinding. Ini bentuk penjajahan baru. Duit kita sedang diberi 70 peratus hak kepada bank asing.

Oh, bercakap tentang liberalisasi kewangan ni mampu menjadikan Malaysia menjadi hub kepada sistem kewangan Islam sedunia, jangan buat lawak la. Mengislamkan kapitalis samalah seperti membubuh minyak wangi ke tahi. Walau sebaldi Chanel disimbah tapi ia tetap tahi dan wajib disamak jika ia mughallazah.

Sesungguhnya dengan menghantar seorang mamat banker pakai necktie,pakai coat dan kasut kulit ini jauuuuuuuuuuuuuh lebih jimat daripada membawa 100,000 bala tentera,kereta kebal, dan USS Nimitz untuk menakluk hasil mashyul negara.

Bak kata Eyka Hamasuba
 "kita merdeka dengan perundingan".

Tapi aku balas balik,
"kita dijajah semula dengan perundingan".

Aku ingin bertanya sebagai seorang rakyat yang menyimpan wangnya dalam bank, apakah wang kita itu dijamin selamat? Dan aku ingin bertanya, 'liberalisasi kewangan' ini siapa yang akan untung?

Fikir-fikirkanlah rakan-rakan semarhein sekalian, apakah caranya untuk kita keluar dari semua ini?

Miliknegarakan tanah. Instalasikan sistem penyimpanan wang yang lebih telus dan adil. Hapuskan sistem bank. Utamakan pertanian untuk makanan. Mansuhkan sistem kadar caj faedah. Mulakan perdagangan barter yang kalis inflasi dan setiap rakyat harus sedar bahawa bank asing ini adalah penjajah ekonomi kita. Kita mulakan satu sistem kewangan yang lebih adil - kau simpan, kau keluarkan duit. Nak pinjam bayar berapa banyak yang dipinjam. Pinjam RM200 pulang RM200. Kalau takde duit cakap takde duit. Tak payah bank overdraft lagi. Tak payah niagakan wang. Miliknegarakan sistem kewangan.

Aku lebih suka perkataan 'milikrakyatkan' aset kewangan kita.

Mereka bukan tak tahu cara ini, tapi mereka tidak mahu sebab mereka rasa kalau berbuat begini, mereka tidak akan jadi kaya raya.

Oh ya, bank Islam masih lagi mengamalkan riba.

9/22/2012

Hari Keparat!

Dresscode ni sebenarnya untuk apa kat universiti? Nak educate orang ke nak suruh orang jadi fashion victim?

Kelakar pagi tadi aku kena tahan pak guard. I laughed until my head comes off bak kata Thom Yorke singer band Radiohead dalam lagunya Idioteque-nya tu. Memang idiot. Memang memang idiot.

Aku admit aku memang jenis selekeh. Perkataan 'selekeh' tu sendiri datang dari perkataan 'slackers' yang bermaksud 'a person who avoids work' dan aku tambah sikit definisinya bagi pihak aku,
'a person who avoids works to avoid himself to be slave of authority, establishment and capitalism". Aku cakap terus terang, aku benci neck tie. Aku benci seluar slack dan aku benci kemeja butang ditugged-in. Aku benci rambut aku dipotong pendek kemas dan disikat tepi dan aku benci untuk jadi 'mat belia'. Aku pakai baju macam tu tapi terus terang, kita tak selesa dengan baju yang macam tu, kan? Bak kata si Bongkok,
"Aku bebas, aku bebas berbuat sekehendak hati,aku bebas dari undang-undang!"

OK, ceritanya bermula apabila aku pakai seluar pendek koyak aku,baju lusuh dan rambut pagi aku memang tahap serabai. Aku sejak kecip tak suka sikat rambut. Oh yeah, almost forgotten, my selipar jepun size 10. Aku nak pergi kedai beli megi dan sabun. Tiba-tiba ditahan pak guard.

"Dik, student ke?". Bodoh punya soalan. Dah aku keluar dari bangunan asrama, mestilah student. Apa kejadahnya kau tanya soalan macam tu?

"Ni adik,kalau student, pakai la semenggah sikit. Ini seluar koyak-koyak, baju tak basuh lusuh gila ni pasai apa?"

Aku jawab ringkas,"Bang, pandai atau bodoh orang tu bukan berdasarkan baju. Berdasarkan otak.Kalau pakai necktie, bawak briefcase tapi otak bangang pun tak guna". Terus je aku blah.

Semasa aku study di UiTM Merbok, aku ditahan pak guard jugak. Masa tu hari Isnin, dan di UiTM, hari Isnin itu diisytiharkan sebagai Hari Korporat(literally Keparat by UiTMers yang anti establishment). Hari tu baru balik kelas, around pukul 4. Nak pergi kedai beli ubat gigi, sabun dan comics. Dengan selamba memakai baju bundle, seluar pendek, terus je keluar gate. Tiba-tiba pak guard tahan.

"Woi badigol! Kau nak pergi mana tu?". Aku jawab nak pergi kedai. Dia pun tengking aku dan berkata "hari ni hari Korporat. Mana necktie kau? Ni pakai seluar pendek je".Aku pun jawab balik, "takkan pergi kedai pun nak pakai necktie? Nak pakai seluar slack?".

Dan aku tak paham kenapalah idiotisiti manusia-manusia yang sukakan establishment dan "follow the rules" ni mengacau ketenteraman orang-orang yang macam aku?

OK la, bercakap tentang fashion dan kepandaian, eloklah aku ambik dua jenis kelompok manusia.Yang pertama ialah orang-orang jenis Mat Belia. Pakai baju tugged in sebab kat sekolah cikgu suruh. Rambut sikat tepi. Pakai lencana sekolah dengan nametag. Dia rasa bangga sebab dia dilabel sebagai contoh di sekolah. Semua cikgu puji dia.Study 'pandai', sebab apa yang cikgu tanya semua dia jawab sebab dia jadi tape recorder cikgu .Apa yang cikgu cakap, dia catit, pasal tu dia boleh jawab balik soalan cikgu tu.

Kalaulah cikgu ajar pasal macam mana nak masak kari ayam, dia akan catit satu-satu dan bila cikgu suruh buat balik kari ayam(maksudnya test/exams), dia boleh buat sebijik macam cikgu buat. Dia 'pandai'. Dia pandai mencopy paste. Pada aku manusia macam ni manusia yang takde identiti.

Cuba ditanya soalan lain, macam mana nak buat asam pedas ke, masak lemak cili api ke, atau Ayam Tempura ke, confirm dia cakap "mana saya tahu,cikgu tak ajar lagi".

Jadi, orang-orang yang macam ni,serupa macam orang-orang yang menjerit-jerit dalam Dikir Barat. Apa yang Tukang Karut cakap, dia ulang balik. Orang-orang macam ni sebenarnya bukan pandai, tapi seekor lembu jadian yang ditukar menjadi manusia sebab rela mengikut je perintah orang.

Satu lagi golongan adalah golongan yang  "pergi mampos dengan establishment". Kenapa kena pakai necktie? Pakai necktie jadi pandai ke? Bawak briefcase jadi pandai ke?

Band punk NOFX, Bad Religion, dengan band rapcore Rage Against the Machine, pakai selekeh je. Tapi semua PHD. Eddie Vedder penyanyi Pearl Jam dengan image grunge dia, double PHD holder. Relax je. Dia tak perlu pakai necktie untuk 'nampak pandai'. Dia berfikir kenapa buat ini, buat itu. Oh by the way, you don't need neckties to prove your intelligence.
Mamat-mamat NOFX ni semua PHD holder. Tak pakai necktie pun?

Fat Mike vocalist NOFX tu, selamba je. Aku rasa kalau dia jumpa Khairy Jamaludin dia boleh tibai je fakta-fakta sampai mamat belia tu senyap.

Kau nak 'nampak pandai', atau jadi pandai?

Kalau necktie, coat, briefcase dan seluar slack menjadi sandaran untuk menjadikan kau kelihatan seperti pelajar universiti, berenti la belajar. Buang masa. Kalau datang dari jauh-jauh semata-mata nak jadi fashion victim, pergi mati la. Aku nak jadi diri sendiri.