9/03/2012

Red Alert 3 : Perspektif dari mata pandangan gua


In Soviet Russia...women rules!GYEAAAHHHHHH!!!

Dulu aku mat ponteng sekolah.Asal gua boleh panjat pagar sekolah - gua panjat.Selalu gua bolos ikut lubang bawah yang digali sendiri dengan gigi oleh para cholai dan gengster Melayu yang masa tu tak pakai warna-warna garis-garis.Disitulah nak dapat stash untuk rokok,atau benda paling bodoh sekalipun - pot nak ponteng puasa beli roti canai.Aku - however,tak pernah ponteng puasa.

Well,budak-budak skema mungkin tak pernah tahu betapa pentingnya game untuk perkembangan otak kita.Kebanyakan budak skema yang aku kenal - ialah mat cepat blur.Mereka hanya tahu (x+y)2xfx=abc(x+y) tapi dorang tak tau liku-liku kehidupan.Kadang-kadang bila aku merayau-rayau cari megi kat supermarket - terjumpalah member aku yang dulunya mat cemerlang kat sekolah.Result kalau tak 9A 8A bukan mat cemerlanglah tu.So,end up aku jumpa dia jual broadband Celcom kat tepi supermarket tu.Hmm..life is ironic,don't you think?Yang lepas pergi UK,Dubai,US..yang tu adalah jugak by the way.

Jadi - aku adalah mat gian Red Alert pada djaman aku kecik-kecik.Permainan ni - sedar tak sedar adalah sebenarnya pendidikan terhadap realiti kehidupan.Hidup ini satu peperangan - macam buku Sun Tzu The Art of War.Aku rasa kadang-kadang hidup aku macam kat kem askar - kena bangun pagi kejar dan memburu musuh demi meneruskan kehidupan.

Well kalau nak tau pasal Red Alert ni,sila la tanya pak lebai google.Dalam permainan ini - kau diberi satu base.Base inilah yang membolehkan kau membina kilang melombong emas,kilang perang(war factory),berek dan sebagainya.

Sekarang ini - 'base' perang aku ialah di Johor Bahru.Tempat melombong emas aku adalah di Sungai Petani. On the way - jumlah emas yang aku bawak ke base adalah sikit untuk kos pentadbiran ketenteraan.Dan aku perlu membina loji reaktor nuklear untuk terus maintainkan base aku supaya tidak bergelap.Dalam masa sama - aku perlu bina berek - untuk bekalan makanan.Dari situ baru aku dapat tenaga - atau ketenteraan.Kemudian aku perlukan war factory untuk perkakas aku melancarkan kehidupan aku.Benda macam BlackBerry aku,atau belanja CC untuk aku menulis.Ini adalah perlu untuk aku terus menyerang.

Disamping tu aku juga perlukan Battlelab untuk updating teknologi terkini.Bab-bab teknologi ni memang aku lampi sikit(bukan sikit,banyak).Selalu @j_stratslinger yang updatekan aku bab-bab macam ni.Dan juga aku perlukan belanja pertahanan defense seperti mangga,serta beberapa equipment untuk mempertahankan base dari diceroboh musuh.

Bila difikir balik - ada baiknya jugak aku main game Red Alert bila aku ponteng sekolah.Aku berfikir seperti seorang general walau susah insufficient fund sekalipun.Sekali-sekala - hantar spy - curi lombong orang.Kalau kantoi padan muka - rugi semena-mena.Kena menyamar jadi musuh.Sama la macam aku curi lombong orang masa November hari tu - perggh - it was good old days.

Menjelang April ni,lombong aku dah nak habis bekalan emasnya.Aku perlu bukak lombong baru.Aku perlu juga cari base yang lebih dekat dengan lombong baru aku ni.Aku harap aku tak perlu bina balik semua ketenteraan aku - untuk terus bertahan.Sekarang nak bina Battlelab pun tak lepas-lepas lagi ni.Kena beli defend banyak benda.Oh ya aku kena bina airfield untuk dapatkan radar.Ni asyik kena serang je - defend aku habis kena attack ni.

Kalau korang tak tau apa lancau aku tulis ni - balik singgah CC.Nasib kau memang baik kalau ada Red Alert Command and Conquer(which aku jamin memang takde).Try main - dan cuba faham - akhirnya hidup kita ini - seperti Sun Tzu berkata,adalah seperti peperangan.



Watch out the attack dog!!!

Paling seram bila kau dengar - "Kirov reporting".Tu dalam erti kehidupan maksudnya kau bakal dihentam habis-habisan la oleh bos kau.Dan bila kau kena serang nuklear..habislah kau,kau finished.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan