9/02/2012

Record label

"There's no return from 86!Don't you ever try!"

Dulu aku masa umur aku 16 tahun,aku adalah mat mosher dan kaki gig.Apa gig jugak aku radah.Gig junkie macam aku yang sentiasa mengejar mosh,slam,pogo dan muzik-muzik bingit.Semasa aku bersama gig punk,tiba-tiba ada satu budak punk dengan baju print out sendiri yang bertulis,

"Green Day fucked punk rock.They're soldouts!"

Aku yang ketika itu bertindik bawah bibir dan berambut hijau agak terkedu melihat baju tu.Somehow aku tertanya-tanya,apakah itu soldouts dan kenapa mereka anti kepada sesetengah artis yang aku boleh labelkan sebagai "berjaya"?

Punk rock - secara filosofinya - adalah muzik kepada anti establishment.Seperti Roy atau komposer Pak Ngah bodoh kalau tulis lagu mesti ada koir bodoh jadi latar belakang adalah muzik kepada establishment Malaysia.Punk rock - adalah satu bentuk yang datang dari sikap ingin menentang pihak berkuasa.Jadi - dengan menyertai record label - bagi punk rockers sejati - adalah seperti Judas Iscariot menerima tiga puluh keping perak untuk membunuh Jesus.Seperti mengkhianati ideologi itu sendiri.Bila Green Day mereleasekan Dookie - pada 1 Februari 1994 - band ini telah dicop mohorkan oleh punk rockers sebagai sold out.Seperti dua ekor ADUN Perak menyertai BN dan menumbangkan kerajaan Pakatan kat Perak.Seperti Zulkifli Noordin keluar parti PKR dan menyokong BN.Seperti Ezam Mat Noor - dan seperti Luis Figo dari Barcelona ke Real Madrid.

Lalu - Green Day telah diharomkan dari bermain di 924 Gilman Street - iaitu pusat punk rock California dan Amerika.Somehow - meninggalkan 924 Gilman Street mungkin membuatkan Green Day,menulis lagu 86,

"You'll never find it now
It's buried deep with your identity"


Deep down walaupun dah melafazkan kata-kata "fuck you" kepada scene underground,deep inside hati - Billie Joe masih rindukan 924 Gilman Street.Tapi kadang-kadang aku terfikir,kenapa - scene underground yang melaungkan slogan "without prejudice,without judgement and without judge" ni,tiba-tiba nak judge orang sign record label ni soldout ni ape kes?Well - kita semua tahu in the end Green Day makin lama makin bunyi macam U2 dari 924 Gilman Street sound.Terus terang aku prefer Green Day sebelum American Idiot - Warning aku boleh terima lagi.But of course Nimrod bagi aku adalah yang terbaik walaupun semua orang cakap Dookie paling best.

Anyway,doesn't mean something be popular doesn't mean dia sold out.Gua rasa macam Chumbawamba punya kes dulu,bila dia sign record label ke EMI - semua orang tuduh dia ni sold out.Aku fikir kalau sikit-sikit sold out,sold out - apa benda yang nak kau beli?Ya - macam gua,gua mengaku gua marah dengan capitalism tapi sesetengah anarchist,bukan nak cakap - nak tak nak you're living in the system.Look,bagi gua Green Day bukanlah satu dua mat punk yang ignorant.Kadang-kadang apa yang dikatakan dalam mic makes sense jugak.Harus diingat Green Day bukan susuk seperti NOFX,Propagandhi atau Bad Religion yang lagu-lagunya bersikap "sloganeering".Kebanyakan dari lagu-lagunya berkisahkan kisah anak muda.Basket Case kisah seorang cob nobbler.Geek Breath Stink kisah orang cabut gigi.Begitu jugak dengan Time Of Your Life atau When I Come Around - takde satu malaon apa pun cerita pasal politik dan protes.Weh,kalau punk ni kerjanya nak protes je,bila nak cerita pasal life?

Dan bila album ...And Out Come the Wolves Rancid,bersama album Green Day Insomiac,ditambah scene grunge yang mulai mati,scene punk rock revival mula naik.Now,kalau kau nak biarkan punk rock terperuk kat 924 Gilman Street tak keluar-keluar - maknanya kau lihat di seluruh dunia mungkin akan bersepah mat belia dan mat baju batik.Kau nak tengok Nyzm Kerplunk pakai baju batik bagi ucapan kat Persidangan UMNO?Janganlah - anak muda yang cool mengikut apa benda yang cool.Punk is a cool thing.

"Tapi,lu tak rasa lu hipokrit ke - lu punk mesti anti-establishment,lu mesti menentang sistem.Dengan lu bekerjasama dengan sistem bermakna lu adalah Judas Iscariot kepada scene sendiri".

Ahaa bercakap pasal survival scene sendiri dan juga sistem.Beb,kalau kat 924 Gilman Street tu anarkis sangat,bil letrik bulan-bulan bayar pakai apa?Duit jugak bro.Jadi dengan menggunakan duit lu sendiri dah terlibat dengan sistem.

Sebab tu satu perkara gua belajar bila gua lepak dengan brader Belgium tentang anarkis adalah,"dorang sibuk nak buat perabut tapi pegang gergaji pun tak reti lagi".Sama la macam PKR - bercerita pasal demokrasi tapi diktator jadi pemimpin seumur hidup.Jadi,somehow aku rasa lebih baik kau jadi realis untuk seketika,kalaulah punk-rockers yang sibuk condemned Green Day tu sebab dia soldout bila signed ke record label,tell me,"are you sold out while buying booze with that paper?"

"Tapi macam lu tau,kapitalis ni rukun iman dia adalah keuntungan.Kau macamlah tak tau,bila budak-budak nampak benda ni,dorang akan dress up macam punk tapi tak tau knowledge.Bila tak tau knowledge mula jadi poseur.Apa jadi kepada scene kesayangan kita?"

Bollocks!Bercakap pasal poseur - lu lahir-lahir terus dah jadi punkers ke beb?Asal-asal lu poseur gak.Masa mula-mula turun gig lu tak tahu satu hape pun - yang lu tau orang pogo,kau pun pogo.Orang slam kau pun slam.Kalau dah demikian perangai kau - bila kau tua nanti,apa tinggal kat anak muda?Bagi aku dalam satu hal - memanglah aku rasa kapitalisme akan mengaut untung,tapi dalam satu hal,sesuatu sistem takkan bergerak tanpa sistem yang sebelumnya.Tolong belajar sejarah.Kalau lu nak anarkis sangat - buku Emma Goldman,Alexander Berkman atau Bakunin tu pun syarikat pencetakan gak yang print.Kapitalis jugak tu bro.

Sekarang,lu risau anak muda jadi poseur.Oh - lu masa muda je la boleh jadi punk.Dah tua - lu tak kasi anak muda jadi punk alasan nanti meramaikan poseur.First,lu dah menyekat fikrah anak muda untuk ekspres diri sendiri dan second,lu sendiri yang poseur.Why?Sebab lu mengamalkan elitism - nko otai tua knowledge lebih kene respect tapi anak muda tak boleh join sebab nanti jadi poseur.Hekeleh macam lah kau tak pernah jadi poseur masa budak-budak?

Akhirnya bagi aku memang patutlah Green Day cakap "Fuck You" kat 924 Gilman Street melalui lagu 86.Tapi gua tau,jauh di sudut hati Billie Joe,gua bajet dia masih lagi rindu bunyi bingit 924 Gilman Street.Cuma - tolonglah punk-rockers,ubahlah sikit mentaliti tu - somehow kau perlukan orang untuk meneruskan perjuangan.Afterall,as old guards grow old,we need new lads for our music scene stays on.

"So,kalau kau cakap macam tu,as Green Day grows older,kau nak harapkan siapa lepas ni?Simple Plan?Jonas Brothers?Bunkface?"

Bagi gua - band-band psuedo-punk macam ni adalah kerana wujud ego dikalangan orang-orang lama undergrounders.Kalau tak kerana lu ada sikap macam ni,gua rasa relax je pun - band-band macam ni takkan wujud.Sebab kau tak nak berkongsi apa yang kau tahu kepada anak muda - maka anak muda pun jadi poseur dan kekal begitu.Bila dah macam tu kau nak salahkan dorang pulak.Woit,salahkan diri la!

Sebab tu pentingnya revival.Somehow orang lama kena lepak dengan budak-budak dan cerita pengalaman mereka - dan akhirnya budak-budak ini meneruskan dunia ni.Lu tengok je scene baru bergerak and stop being Mahathir Mohammad!Complaint sana complaint sini lepas bersara.Duduk je diam-diam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan