Sesibuk mana pun gua, gua akan cuba luangkan sedikit masa untuk mendengar muzik muzik kegemaran gua. Tak kira dari zaman Metal, Grunge mahupun Britpop yang melanda dunia dari zaman 70-90 an. Saat di mana abang gua berkata yang hitz FM akan mainkan muzik muzik berentak grunge di malam hari. Cilaka. Apsal zaman gua takde benda benda ni semua. Mana keadilan? Apehal gua dilahirkan di zaman terencat 1D dan jugak JB cilaka ni? Malah bertambah cilaka bila zaman remaja gua musnah dek muzik muzik dari Korea. Ah persetankan muzik yang penuh dengan unsur kapitalis di mana muka didahulukan sebelum bakat. Engkorang ada muka, okay korang ada potensi jadi artis yang hot macam cilaka kat luar sana. Gua bukan mempersoalkan benda benda kosong tapi negara kita bukannya macam negara Britain di mana mereka masih lagi mahu mendahulukan bakat. Bagi gua, muzik sebenar ialah muzik yang tidak menggunakan autotune dan hanya menggunakan tiga basic instrument iaitu gitar, bass dan dram. Tak salah jugak bagi gua kalau nak tambah orchestra di belakang tabir dan beberapa suara harmonika.
Apa yang gua nak ceritakan kat korang ialah mengenai lagu yang menjadi hantu kat dalam hidup gua kebelakangan ni. Okay engkorang boleh bukak video di atas untuk mendengar lagu tersebut. Pearl Jam - Black. Satu antara nama besar dalam industri grunge di Seattle. Dengan suara merdu barritone penyanyi yang diberi nama Eddie Vedder, gua tak boleh lelap bila dengar lagu ni. Punyai maksud yang sangat deep dan padu dalam penulisan liriknya. Apa yang gua dapat sampaikan dalam pemahaman gua, lagu ni berkisarkan tentang seorang mamat yang terkejut ditinggalkan awek dia. Mamat ni cuba mencari di mana salah dan silap diri dia sampaikan si makwe ni tinggalkan dia dalam keadaan terpinga pinga. Si makwe cukup sempurna di mata dia sampai dia berimaginasi yang makwe dia ni sebuah kain kanvas putih lagi suci. Sempurna jiwanya seperti lima horizon yang mengelingi dunia. Dia nampak si makwe ni adalah segala galanya bagi dia. Hubungan diorang baik pada mulanya sehingga makin lama makin parah tanpa diketahui apakah puncanya. Dia cuba berseorangan dan mencari di mana salah silap hubungan diorang. Dan dia akhirnya tau yang hubungan dia dan si makwe ni tak berpanjangan macam apa yang dia nak. Dan dia tahu makwe yang dia dambakan ni akan punyai hidup yang sempurna di masa akan datang, bersinar menjadi insan yang berguna dan dia tau yang dia tak layak langsung untuk dicintai oleh gadis sesempurna seperti si makwe tapi masih terselit sebutir harapan yang si makwe ni akan menjadi milik dia.
Lirik yang sentiasa tersemat di jantung gua ialah bila si Vedder ni menyanyi part 'I know someday you'll have a beautiful life. I know you'll be a star. But why, why why why can't it be mine?' Dengar jeritan barritone dia cukup buat gua rasa sayu dan rasa apa yang si Vedder ni rasa. Sekarang cakap dengan gua budak sampah macam budak grunge yang cuba melawan kehidupan bersistem, anarki dan anti kapitalis tak punya perasaan. Orang orang macam ni lagi punya perasaan yang sangat dalam sampai kan lu orang takkan percaya yang diorang ni ada perasaan macam ni. Ingat, jangan mudah menilai orang dari luaran. Menilai dari luaran bagi gua sentiasa tak relevan walau di zaman mana pun. Gua rindukan lagu lagu yang ada soulnya tersendiri macam lagu ni. Tapi cilakanya zaman sekarang hanya memandang bakat semata mata. Dan untuk pengetahuan engkorang, Vedder yang budak sampah 1 masa dulu ni punyai PhD holder in Music. Bukan calang calang musician. Orang seni sebenar akan mudah nampak apa yang dia rasakan salah di mata diorang. Cuba je lah engko tengok A.Samad Said. Takkan la sasterawan negara kita tu terlalu bodoh nak join perhimpunan Bersih. Mesti dia nampak di mana salahnya sistem yang kita hidup sekarang sampai dia pergi berdemonstrasi. Kalau dia nak kejar duit, bila bila masa dia boleh buat. Tapi tak, dia berjuang dengan rakyat semarhaen dia. Tak nampak perbezaan pun di mana title sasterawan tu diletakkan.
Macam apa yang gua pernah cakap kat member member gua, tiap tiap orang punya drama yang ditulis hebat oleh di Atas, engkorang jangan sesekali menilai sesuatu dari luaran. Itu mentaliti dunia ketiga. Okay gua akan tuliskan lirik lagu Black ni untuk korang rasa sama betapa deepnya jiwa Eddie Vedder ni.
Oh and all I taught her was everything
Oh I know she gave me all that she wore
And now my bitter hands
Chafe beneath the clouds
Of what was everything
Oh the pictures have
All been washed in black
Tattooed everything
I take a walk outside
I'm surrounded by
Some kids at play
I can feel their laughter
So why do I sear
Oh, and twisted thoughts that spin
Round my head
I'm spinning
Oh, I'm spinning
How quick the sun can, drop away
And now my bitter hands
Cradle broken glass
Of what was everything
All the pictures had
All been washed in black
Tattooed everything
All the love gone bad
Turned my world to black
Tattooed all I see
All that I am
All I'll be
Yeah
I know someday you'll have a beautiful life
I know you'll be a star
In somebody else's sky
But why
Why
Why can't it be
Why can't it be mine
Oh I know she gave me all that she wore
And now my bitter hands
Chafe beneath the clouds
Of what was everything
Oh the pictures have
All been washed in black
Tattooed everything
I take a walk outside
I'm surrounded by
Some kids at play
I can feel their laughter
So why do I sear
Oh, and twisted thoughts that spin
Round my head
I'm spinning
Oh, I'm spinning
How quick the sun can, drop away
And now my bitter hands
Cradle broken glass
Of what was everything
All the pictures had
All been washed in black
Tattooed everything
All the love gone bad
Turned my world to black
Tattooed all I see
All that I am
All I'll be
Yeah
I know someday you'll have a beautiful life
I know you'll be a star
In somebody else's sky
But why
Why
Why can't it be
Why can't it be mine
Tiada ulasan:
Catat Ulasan